Tuesday, March 1, 2016

SEHARI IBARAT SERIBU MAKNA KE NEGERI BERSEJARAH, MELAKA

Hai pembaca semua. Harini rasa nak update about Melaka. Yang mana teringin nak jejalan ke Melaka boleh lah baca entry ni okay. Hanya 1 hari 1 malam.

Pada bulan yang lepas. Aku dengan rakan sekelas plan nak ke Johor Bharu disebabkan atas faktor nak pergi majlis kenduri saudara salah seorang daripada kawan aku tu, tapi tak kesampaian sebab salah seorang ada masalah sikit dengan family. So kiteorang cancel trip nak ke Jb. Masa ni tengah semester break. I'm freedom! Yeah! Haha ...

Selepas plan nak ke mana lepas tu, plan punya plan. Semua dah pilih. Diorang pun setuju lah dengan pilihan aku nak ke Melaka. Sebab Melaka best tau, pergi banyak kali pun tak bosan. Hehehe kan? 

Kami dari Kelana Jaya nak ke Melaka mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih nak sampai sana. Tak masuk berhenti rehat, makan apa semua lagi. Haha biasalah kalau bawa perempuan ni. Complicated sikit. Hahaha eh!


Masa ni baru exit Tol Ayer Keroh, Melaka. Sempat selfie kejap masa dekat traffic light. Hahaha poyo ja. 

Sumpah penat, aku dah la drive sorang. Yela yang lain perempuan. Boleh la diorang bawa tapi segan la aku nanti. Eh eh. Haha okay nevermind. 



Kami sampai pagi dalam pukul 10 lebih. Bertolak dari pukul 8 pagi macam tu. 

Bila dah sampai, kami terus ke Pantai Klebang. Kau tau tak dia punya excited bila sampai sini, memang luar biasa. Hahaha cantik wei, seriously. Pasir dia, ya Allah macam dekat luar negara. Haha yeke? Entah lah nak oi. Tapi excited punya pasal kan. Bila dah sampai jangan lupa, keluarkan telefon dan snap la berapa banyak gambar yang korang nak. Selagi tak habis memory selagi tu lah snap or selfie okay. Hahaha. 

Cuaca dekat sana masa kiteorang pergi memang elok. Cuma panas terik gila, payung jangan lupa bawa ok. Nanti kereta kau kena parking jauh then kena jalan kaki masuk ke dalam. Haha tak percaya cubalah pergi and rasa sendiri. Yang tahan panas tu takpa lah. Yang tak tahan tu, cerewek hitam la apa la tolong bawa payung. Kang burn menyesal kau tak sudah. Hahaha silap silap meroyan pulak nanti. Eh kidding haha ... 


Ni dia, first snap dekat atas pasir. Pasir dekat sini berbukit tau. Kena mendaki lah sikit. Buang kasut kalau kau tak nak pasir masuk membanjiri kaki kau. Haha. Aku acah acah ja tu pegang payung, orang kata nak bagi gambar tu nampak nice kan. Hihihi 


Actually pergi berempat, tapi disebabkan salah sorang kena tolong snapkan gambar. Terpaksa lah gambar nampak bertiga. Kesian kan dia. Haha sian sian. Alolo sorry awak.



Aku mula jatuh cinta dengan kawasan dekat Pantai Klebang ni. Salah satu tempat yang korang wajib datang, kalau korang datang ke Melaka. Okay? Promise?...


Rasa macam dipenuhi dengan salji. Hahaha feeling feeling Europe pulak kan. Realitynya cuma pasir. K sedih hahaha 




Okay stop upload gambar dekat Pantai Klebang. Kang ada orang jeles pulak. Haha k perasan. 

Orait. After round dekat Klebang beach. Kami terus ke cari makan. Untuk lunch. Nak makan asam pedas. Orang kata kalau datang sana, wajib makan asam pedas dia confirm meletop. Kan? Tapi yang sedihnya, kami tak pergi makan pun. Atas faktor yang tak dapat dielakkan sebab nak kena ambil kawan aku dekat Uitm Lendu. Jauh benor nak pergi sana. Hahaha aduhh


Ni kawan aku lelaki yang aku bagitahu tadi nak ambil dia dekat Uitm Lendu. Haish sabar jelah bro. Susah benor nak masuk kampung lendu kau. Sampai sesat. Nasib makcik waze ada, boleh dia tunjuk jalan. Itupun dia bagi jalan punya lah jauh namatey. Haha 

Sedar tak sedar, dah pun malam. Kami semua jalan jalan dekat Dataran Pahlawan ja. Meronda semua yang ada dekat situ. Antaranya yang wajib ialah A-Famosa. And ada lelain tempat sekitarnya yang orang kita or pelancong selalu pergi. 



Semua muka letih. Dari pagi sampai malam kan. Mestilah penat. Muka pun dah berminyak. Peluh semua. Baju pun dah bau. HAHAHAHAHAHAHAHA 


Dalam lepak dekat situ. Ada sekumpulan keluarga dari mana aku tak pasti, suruh aku tolong tangkapkan gambar family diorang. So aku "okay lah". Hahaha nampak tak nampak tak. *Pilihlah saya jadi menantu makcik* eh eh eh haha


Aku kalau nak bergambar dengan kawan yang sekepala aku. Memang aku all out semua. Haha gila sikit aku ni. So kau nak ke kawan dengan aku? Terima perangai gila aku? Lalalalalala...


Penat berjalan. Penat tangkap gambar. Penat semua lah segalanya penat. Maka terduduk la kami semua dekat area rumah kedai warna merah ni. Hihi 

Jalan jalan tepi sungai Melaka. Sangat tenang and boleh tengok permandangan rumah kedai yang ada lukisan apa semua tu. Termasuk pulak lampu dia warna warni cerah terus sepanjang sungai Melaka tu. 

Ada jugak orang jual air, nugget, kacang dekat situ. Murah lah jugak. Tak mahal sangat. Boleh lah kalau nak beli makan ringan ringan ja kan. Untuk lapis perut.

Dah puas round satu Bandaraya Melaka tu. Kiteorang dah penat semua. Dah nak balik malam tu jugak. Tapi macam biasa, kena hantar kawan aku yang sorang tu balik Uitm Lendu balik. 

Yela, pandai ambil pandai jugak lah hantar kan. Anak orang, kang hilang nanti susah. Hahahahaha ceh. 

Lepas hantar. Singgah makan untuk super dulu. After that baru bertolak dari Melaka terus ke Kuala Lumpur. Dari Melaka aku drive, tapi tukar driver dekat perhentian seremban sebab aku dah penat. Dari pagi drive kot. Haha 

Nasib lah ada jugak orang yang nak tolong drivekan kereta. Puas jugak nak pujuk. Kihkihkih. 

So yang mana plan nak ke Melaka, datang lah. Yang tunggu masa cuti ka apa ka. Nanti orang ramai tak best jalan jalan. Jalan jem la, masuk sana sini tak ada parking la. Susah kan? Jadi pergi lah masa weekdays and bukan masa public holiday sebab memang akan ramai orang. 

Selamat Bercuti dan Selamat Datang Ke Melaka. 
Teruskan membaca entry yang akan datang.

Jangan lupa komen dibawah.
Sayang ualls ❤️
















5 comments:

  1. Replies
    1. InshaAllah nnt kalau ada masa datang lah ke sana. Best tau 😁

      Delete
  2. Sy pegi melaka baru ni 3hri due mlm tp tak thuu tepat menarik kat mn . Last kalii pegii tempat besejarah jee . 2mggu lagi nk travel melaka lagii maybe pegi kelebangg tenkiuu bgth kena bwk payung hahahhaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe wah . Actually Melaka banyak tempat yang best best . Tapi saya tak pergi. Cuma pergi Pantai Klebang and bandar sejarah je . Dataran Pahlawan. Itu je. Haha yeah nanti datang bawa payung okay? Jangan lupa . Hehe sesama awak ☺️πŸ‘πŸ»

      Delete
  3. tiap tahun balik Melaka tapi tak pernah lagi jejak Pantai Klebang tu T_T . suka tengok orang photoshoot situ. tapi tu lah. iolls jenis tak tahan panas. even pakai payung pun, kalau ketiak basah tu boleh mendatangkan mood tak baik. ahhahaha

    ReplyDelete