Tuesday, August 7, 2018

HARI KETIGA DI SABAH, MALAYSIA


DAY 3: 20/07/2018

Bangun saja dari tidur, terus mandi dan turun sarapan di Hotel. Yang bestnya, ada juga sambal yang boleh makan. Dah la kepunan benda pedas pedas. Haha sambal nasi lemak pun jadi lah daripada tak ada kan?




Kami sekeluarga sarapan pagi kenyang-kenyang dulu sebelum keluar bersiar-siar di Bandar Kota Kinabalu. Rasa teruja kami pagi tu disebabkan cuaca dan permandangan bandar dia best gila. Walaupun kereta banyak, tapi tak jem. Haha tak tahu kenapa. Traffic light pun tak banyak and tak terlalu lama sangat. Sangat best and mudah. Dari hotel yang kami tinggal, betul betul tengah bandar.



First tempat yang pergi, Imago KK and Suria Sabah. Walaupun di semenanjung pun ada shopping mall, tapi sengaja aku plan nak ke sini. Nak tengok macam mana keadaan shopping complex di Sabah. Ternyata lagi banyak sale. Aku tak mampu nak tahan nafsu dekat mall ni. Haish

Aku siar dalam shopping mall ni terus lapar, tengok jam dah waktu makan tengahhari. So aku dan keluarga aku berbincang lah nak makan apa. Banyak kedai-kedai makan dalam Suria Sabah ni. Then aku pun bersuara nak makan di Chicken Rice Shop. Memandangkan aku ada voucher set lunch untuk 2 orang. Aku pun makan jelah situ. Yang lelain memasing order set makanan masing-masing.

Ternyata service memang paling terbaik lah. Staff semua baik dan peramah. Bila habis lunch dekat situ, ada satu staff ni berborak dengan mama aku. Dia ucap selamat bercuti dan selamat bertemu semula. Ya Allah, dah lah staff tu cantik. Hahaha 


Lepas pergi Suria Sabaha and makan tengahhari apa semua. Teruskan ke destinasi yang seterusnya. Kami semua pergi ke Muzium Sabah.

Tiket Masuk:
Dewasa - RM 3.00 seorang


Ronda-ronda dalam muzium ni tetiba terjumpa dengan geng awek dari Philipine. Fuhh semua segak segak wei, lawa lawa. Haha then depa pun friendly gila. Apa lagi? terus snap photo untuk kenangan bersama lah. Hehe nampak sweet kan.


Lepas melawat Muzium Sabah, semua pakat lapar sebab dah pukul 3-4 petang macam tu. Biasalah, makan petang. So kami pergi Masjid Bandar Kota Kinabalu. Perjalanan dari Muzium Sabah tak ada lah jauh sangat, lebih kurang 20 minit macam tu je.

Masjid Bandar Kota Kinabalu ni tepi laut tau dan seni bina dia atas air. Fuhh tersegam indah wei, lawa sangat-sangat. Walaupun sebelum kami ke sini ada satu kes yang foreign datang buat video menari-nari atas tembok Majid ni. Tapi semuanya baik-baik saja. 

Pengunjung luar yang datang, tidak dibenarkan masuk melainkan dia agama islam. Tapi mereka boleh ambil photo dari luar Masjid sahaja. Tapi tak mengapa lah, dari luar pun gambar nampak lawa jugak kan? hehe

Makan petang kami sekeluarga dekat gerai makanan yang dibuka dalam kawasan Masjid. Semua pakat mengorder lah kan. Biasa lah lapar dengan cuaca pun agak panas.


Lepas melawat Masjid Bandar Kota Kinabalu, aku round dekat Pasar Filipino. Cari parking punya hal, dapat lah park kereta dekat dengan jetty orang awam. Tak plan pun sebenarnya bila turun je dari kereta, ayah aku saja tengok-tengok jetty tu. Memang banyak boat yang tunggu penumpang untuk dibawa. Ayah aku dah la peramah, dia ramah sangat dengan orang dekat jetty tu. Then orang tu pun pelawa ayah aku untuk melawat Pulau Gaya. Pulau Gaya ni tak jauh dari Kota Kinabalu. Naik boat dalam 15 minit. Cakap punya cakap, ayah aku pun ON jelah untuk pergi. Kami semua naik boat dengan perasaan takut dan excited pun ada. 



Yelah kan, mana tak takutnya sebab kami nak melawat kawasan orang bajau laut. Bila kita dengar orang cakap, Orang Bajau Laut ni kan macam jahat sikit. Haha tapi serious hampa kena datang sini dulu baru hampa boleh percaya ke tak.



Orang Bajau Laut dekat Pulau Gaya ni semuanya baik-baik. Dari Penghulu kampung, sampai lah orang-orang yang tinggal dekat situ. 



Lepas ja jalan jalan dekat perumahan bajau laut ni dekat Pulau Gaya. Hari pun semakin gelap. Kami semua penat gila time tu, terus plan nak balik hotel terus. Memandangkan kedai kedai area KK pun dah nak tutup. Serious kedai sini tutup awal, haha memang mereput gila lah. Kalau kedai makan, masih lagi buka so hampa tak payah risau nah.






Hotel yang aku stay tu dekat ja dengan KFC. Kalau lapar memang melantak keluar beli KFC jelah. Lagipun 24 jam buka. Tu yang best tu. Tapi selain KFC, kedai makan lain-lain juga ada ja yang masih buka. 

Bab makan, hampa tak payah risau dah la senang cakap. Memang banyak hampa boleh beli makanan. Tapi kalau boleh, carilah kedai-kedai yang bersih dan dijamin halal lah ea?




Okaylah, kita jumpa di Hari Keempat pulak nah?

XOXO