Jalan-jalan makan angin di Pulau Pinang, Malaysia.

Hai Assalamualaikum. Okay kalini aku nak story sikit pasal trips aku ke Pulau Pinang. Alahh, negeri kelahiran aku jugak. Hehe daripada duduk rumah tak buat apa, so saja plan spend masa yang ada untuk pusing pusing tengok apa yang baru yang ada dekat Penang ni. Hahaha lama tak meronda, dah macam macam dah yang baru aku tengok.

By the way, ahad lepas aku keluar rumah seawal pukul 7:30 pagi. Actually rumah aku dekat Jawi, SPS. 

So masa bertolak tu, aku tak naik Jambatan Kedua PP sebab terlalu jauh nak kena aku pusing balik nanti. So aku naik Jambatan Pertama PP. Mudah dan jimat masa untuk pergi ke satu-satu tempat. 

Ni aku ada buat satu Jadual perjalanan aku kesana. Hihi (persediaan sebelum pergi dan memudahkan lagi aku set masa)

5am- Bangun mandi/bersiap/solat.

6am- Solat subuh/Sarapan pagi.

7:30am- Bertolak ke Pulau Pinang.

8:30am- Sampai di Bukit Bendera.

9am- Naik/Pusing-pusing atas Bukit Bendera.

11am- Turun daripada kemuncak Bukit Bendera.

12pm- Bertolak ke Teluk Bahang.
     
1:30pm- Sampai and Pusing area yang               berdekatan.
        - Taman Rama-Rama.
        - Ampangan Teluk Bahang.

2:30pm- Ke Pantai Batu Feringghi.

3pm- Makan tengahhari di Batu Feringghi.

4:30pm- Ke Padang Kota Lama/Street Art.

5pm- Ronda-ronda dengan berjalan kaki.
        - Berphoto.

6:30pm- Minum petang.

7pm- Bertolak balik.

8:30pm- Berehat/Mandi.
             - Makan malam.

1. BUKIT BENDERA.







Untuk pengetahuan korang semua, untuk naik keretapi ke atas Bukit Bendera ni. Korang kena beli ticket ya. Jangan lupa tunjukkan Kad Pengenalan semasa membeli.

Harga tiket (biasa):
- RM 15 seorang.

Harga tiket (morning promotion):
- RM 3 seorang.

Okay mungkin ada orang tertanya-tanya apa (morning promotion) ni kan. Kenapa lagi murah and *blablablabla*. Dekat sini aku nak bagitahu, Harga tiket morning promotion ni, korang naik train untuk ke atas Bukit Bendera tu sebelum pukul 9:30 pagi. It's mean korang kena beli tiket di kaunter sebelum pukul 9 pagi. Lebih senang, korang kena datang awal pagi lah macam tu. Kaunter buka seawal pukul 6 pagi lagi.

Murah kan? Hehe aku beruntung masa pergi tu sebab aku sampai dekat sana awal so dapatkan harga Promotion. Hihi and lagi satu, dekat sini lah korang boleh berfeeling feeling yang korang berada di Korea gitu. Hakhakhak

2. Ampangan Teluk Bahang.


Ampangan dijadikan untuk tadahan air hujan untuk disalurkan air kepada masyarakat untuk menetap diseluruh Negeri Pulau Pinang.

Keadaan masa aku datang, air kering disebabkan cuaca kemarau yang tak menentu. Yes Penang memang panas. Sometimes ja hujan tak menentu. 

3. Entopia (Taman Rama-Rama).


Basically dahulunya dikenali dan diberi nama Taman Rama-Rama. Tetapi beberapa bulan yang lepas tahun 2016 ni. Taman Rama-rama ni telah berubah wajah baru dan diberikan nama yang baru iaitu "ENTOPIA". Sedap kan namanya? Lain dari yang lain. Hehe

Introducing Rate:
- RM39 (adult)
- RM 29 (child)

Normal Rate:
- RM 49 (adult)
- RM 39 (child)

For members: (aku tak pasti berapa, dah lupa)

4. Batu Feringghi.

Dekat Batu Feringghi ni aku tak snap gambar. Sebab aku singgah sekejap je untuk makan tengahhari. Lagipun sekarang tak cantik dah macam dulu. Ombak pun kuat. Tak ada orang sangat yang datang macam dulu dulu. Sorry tak dapat kongsikan permandangan dekat sini.

5. Escape Teluk Bahang.



Aku berkesempatan singgah di Escape yang popular ni. Tempatnya sangat mencabar. Tengok dari luar pun rasa gerun dah dengan dia punya halangan yang ada. Aku nak masuk tapi tak ada rezeki lagi buat kali ini. Sebab aku ada tempat lain lagi nak pergi.

In sha Allah, ada masa aku datang habiskan masa aku dekat sini nanti. And semestinya aku akan cerita diblog. Jangan risau.

6. Street Art / Padang Kota Lama.





Dekat sini korang boleh sewa basikal, kalau korang nak. Ataupun ikut je macam aku, jalan kaki. Hahaha walaupun panas terik. Chill lah tak hitam pun. 

Satu per satu tempat mural painting ni yang korang kena cari. Lukisan semua ni ada disebalik kedai, belakang lorong kecil, tepi jalan dan banyak lagi. Korang datang sendiri, dan korang sesat sendiri. Hahaha memang pening kepala nak cari sebab kawasan dia luas. Pandai pandai korang lah eh. 

Lagi satu, kalau nak senang. Korang boleh ambil peta untuk permudahkan lagi perjalanan korang. Kalau bagi orang yang dia berhajat nak pergi semua lukisan yang ada dekat situ. Entahlah korang dapat bergambar ke tak, nak bergambar pun kena beratur okay. Hahaha nasib lah..


Okay lah, itu saja yang aku dapat kongsikan cerita aku masa jalan jalan di Penang ni. Itu ja masa yang aku sempat pergi melawat tempat tempat yang menarik dekat Penang. 

Actually banyak lagi tempat tempat yang menarik yang boleh korang pergi dekat Pulau Pinang ni. Semua best best. Tapi aku tak dapat lah nak pergi semua tempat tu dalam masa sehari kan. Hahaha so harap dengan pengalaman aku cerita dalam blog ni boleh membantu korang yang nak plan nak jalan jalan ke Penang suatu hari nanti.

Terima kasih sudi meluangkan masa untuk membaca entry aku kalini. Jumpa lagi pada next entry yang akan datang. Bye 🙋🏻





Share dan Tinggalkan komen dibawah.








Copyright by Huzairie Yahya. Powered by Blogger.