Assalamualaikum pembaca semua. Kali ni aku nak cerita kan pengalaman aku ke Lombok, Indonesia selama 6Hari 5Malam baru baru ni. Lebih kurang 3 hari yang lepas, baru ja sampai Malaysia ni. Orang kata, badan di Malaysia roh di Indonesia. Seriously rindu gila dekat sana, culture sana, environment dekat sana. Tersangatlah amazing, tak percaya cuba korang pergi. Okay, budget yang aku keluarkan kali ni hanya lebih kurang RM1500. Termasuk packages disana and tiket flight return. Murah kan? Tiket flight booking masa bulan 12 tahun lepas dan bulan 3 tahun ni baru pergi. Nasib je, kekadang ada yang dapat murah, kekadang ada yang mahal nak mampus. Aku terbang dengan AirAsia. Satu satunya pernerbangan ke sana. Tak ada yang lain okay? Haa nak tahu lebih lagi mai lah baca trip aku di Lombok sampai habis ya? Banyak ni kalau nak cerita dari hari pertama sampai hari keenam. Baca tau, jangan skip, penat aku tulis hehe ...
Ni aku nak tunjuk packages yang aku dapat dalam RM1000 selama 6Hari 5Malam. Tidak termasuk tiket flight ya? RM1500 aku tambah sendiri. Tapi tiket flight aku RM412 ja pergi balik. Aku sertakan payment detail untuk flight Air Asia aku ke sana. So lebih kurang RM500 lah. Jadinya RM1500. Okay faham?
Pakej Lombok 6 Hari 5 Malam
(RM1000 seorang)
3/3/2016 : Lombok Garden Hotel di Maratam. -Ada Breakfast.
(1 Malam)
4/3/2016 : Hotel Ombak Sunset di Gili Trawangan. -Tiada Breakfast
(2 Hari 1 Malam)
5-8/3/2016 : Killa Senggigi Beach Hotel di Senggigi. -Ada Breakfast.
(4 Hari 3 Malam)
*Makan sehari 3 kali.
*Snorkling. (Kena tambah Rp 75ribu)
*Transport untuk 6 hari pusing Lombok (Mobil ELF)
*Speed Boat Pergi-Balik dari Gili Terawangan.
*Boat untuk ke Gili Nanggu dan Gili Sudak.
*Insuran RM 10 (Takaful Ikhlas)
*Servis Cas Western Union- Transfer duit ke Agen (Indonesia)
Okay boleh baca di bawah perjalanan aku dekat sana selama 6Hari 5Malam. Enjoy !!!
DAY 1:
http://huzairieyahya96.blogspot.com/2016/03/hari-pertama-berlepas-ke-lombok.html
DAY 2:
http://huzairieyahya96.blogspot.com/2016/03/hari-kedua-di-lombok-indonesia.html
DAY 3:
http://huzairieyahya96.blogspot.com/2016/03/hari-ketiga-di-lombok-indonesia.html
DAY 4:
http://huzairieyahya96.blogspot.com/2016/03/hari-keempat-di-lombok-indonesia.html
DAY 5:
http://huzairieyahya96.blogspot.com/2016/03/hari-kelima-di-lombok-indonesia.html
DAY 6:
http://huzairieyahya96.blogspot.com/2016/03/hari-terakhir-di-lombok-indonesia.html
Jumlah RM 1000 ni tak termasuk duit poket yang korang nak bawa tau. Yelah, kalau yang kaki shopping tu, faham faham lah habis berapa kan? So aku kesana hanya tukar Rp 1juta saja bersamaan RM320.
DUIT.
Mata wang ringgit dengan rupiah tak selalunya rendah. Kadang kadang jadi mahal, kadang kadang terlalu murah. Ikut keadaan lah, kita tak boleh nak jangka.
Masa aku tukar tu, tinggi and mahal. Kalau korang rajin cari Money Changer yang murah murah okay lah. Dekat tempat aku tak ade, masih dengan harga sama.
HOTEL.
Lombok Garden Hotel, Maratam:
Aku punya flight mendarat dekat Lombok dah lewat malam, so malam tu aku stay 1 night dulu dekat hotel area Maratam ni. Dekat dengan Airport ja. Esoknya tu dah check out. Dekat hotel ni ada sekali breakfast.
Ombak Sunset Hotel, Gili Trawangan:
Masa dekat Gili Trawangan aku stay 1 night jugak dekat hotel ni. Hotel ni lah yang ada buaian dalam laut tu. Yang simbolik dekat sini, famous buaian ni. Tapi dekat hotel ni aku tak dapat breakfast.
Kila Senggigi Beach Hotel, Senggigi:
Ini hotel yang terakhir masa aku dekat Lombok. Area Senggigi, dekat dengan pekan. Aku stay 3 malam dekat sini. Termasuk ada sekali breakfast.
MAKAN.
Kalau nak cerita pasal makan, aku makan ikut time. Time pagi dah jimat, sebab dekat hotel dah makan masa breakfast. And untuk lunch, makan malam baru aku makan luar. Ikut agen korang lah nak bawa makan dekat tempat mana.
Bila korang nak makan makanan lain selain makanan yang korang kena makan, korang kena keluarkan duit korang sendiri untuk bayar. Sebab itu tak termasuk dalam packages. Sendiri makan, sendiri bayar. Haa macam tu. Kalau tak nak keluarkan duit tu, ikut je korang makan apa. Jangka cerewet sangat. Haha
PENGGANGKUTAN.
Van:
Pasal penggangkutan aku dekat sana, agen yang uruskan. Aku naik van sebab pergi family kan. Van tu muat dalam 15 orang. Aku cuma ada 10 orang. Banyak ruang yang lebih. Sewa selama aku ada dekat sana. 6 Hari.
Boat:
Untuk boat, depend lah kekadang murah kekadang mahal. Kalau mahal sikit, agen akan minta untuk korang tambah sikit. Alah tak banyak pun dalam berpuluh ribu sahaja. Kalau tak minta tu, okay lah.
Cidomo (kereta kuda):
Masa aku sampai ke Gili Trawangan, aku kena sewa cidomo untuk ke Hotel. Sekali naik dalam Rp 100ribu. Boleh naik dalam 3-4 orang. Yang ini kena keluarkan duit kita sendiri. Tak masuk dalam Harga package.
SHOPPING:
Haa masa shopping ni lah korang kena pandai kawal duit. Kalau kaki shopping tu aku tak boleh nak kata apa. Mungkin duit banyak habis masa dekat shopping.
Tapi bagi aku, aku cuma habis dalam Rp 400ribu bersamaan RM 100 lebih.
Okay lah, untuk nasihat aku, kalau nak ke Lombok. Jangan lah berkira. Kalau ada lebih tu, hulur hulur lah untuk bersedekah dekat orang. Jangan takut sebab dekat Lombok ni, korang bagi duit dekat orang, orang lain tak akan datang serbu. So jangan risau. Alah main dalam rupiah, tak banyak pun habis. Berapa sen ja kalau Rp 1ribu 2ribu macam tu.
Kalau korang ke sini korang hanya follow je agen. Kemana dia nak bawa korang pergi. And make sure deal dengan dia masa korang. Masa aku pergi, agen hanya berikan aku masa untuk bangun tidur and nak bertolak ke satu ke satu tempat tu dalam pukul berapa.
Sebabnya masa perjalanan nak ke satu tempat tu makan masa dalam berjam jam. Paling lama masa aku pergi Pantai Pink. Pergi Balik dah 8 jam lebih. So pastikan korang pandai susun waktu korang ya.
Dekat Arab famous dengan si unta, Aussie dengan koala, tapi dekat Lombok ni terkenal dengan cicak besar atau dikenali sebagai tokek. Yang takut cicak atau tokek (cicak besar) tu aku harap korang tak menjerit jerit lah eh bila nampak. Memang dekat sana banyak gila dengan tokek tu. Sebab tu Keychain ke Baju ke diorang akan lukis gambar tokek cicak besar tu. Macam simbolik dekat Lombok. Hehehe Selalunya korang akan jumpa dekat persekitaran hotel. Tokek dia besar besar. Aku rilex je sebab tak takut. Paling gentle masa cicak ni jatuh atas baju aku, haha semua lari aku ja yang tak lari. Tapi cicak biasalah bukan tokek tu. Kihkihkih bagi yang geli ke yang takut tu entah lah jangan lari tak cukup tanah pulak. Get ready jelah yea? Hahahaha
Lagi satu, masa korang dah sampai Lombok. Korang jangan terus datang ja untuk shopping. Seriously memang tak best. So first thing yang korang perlu buat adalah pergi dulu melawat tempat tempat yang terbaik di Lombok. Pada hari terakhir korang di Lombok, baru pada masa tu korang pergi shopping. And terus korang boleh balik dengan sourvenir korang. Baru best kan. Hihi
Yang kaki shopping beli barang banyak banyak tu, ingat ya jangan lupa beli luggage untuk kapal terbang nanti. Kalau barang banyak tak beli nanti nak bawa balik souvenir korang tu macam mana kan. Kalau nak senang, beli luggage masa korang beli tiket kapal terbang. Itu lebih murah dan tersusun.
For your information boleh contact dengan agen yang aku kenal dekat sana. Jangan risau, dia okay dan sangat peramah. Korang jangan terkejut kalau keluarga dia datang sekali berborak dan datang kenal dengan korang. Masa aku datang, mama dia siap masak lagi untuk aku dengan yang lain lain. Ayah dia pulak belikan dekat kiteorang durian, rambutan, sate lagi. Hihi sedap. Kalau korang, tak tahu lah mama dia akan masak ke tak. Hahaha
Sampai disini saja untuk aku kongsikan bersama dengan korang semua. Happy berholiday ya semua? Jangan jadi pelancong, tapi jadilah seperti aku seorang pengembara. Have a nice trip everyone. XOXO
Boleh contact:
INTAN.
Facebook: Intan Fujia Rezki
Contact Number: +6287765277006
WhatsApp: +6287765277006