Friday, March 4, 2016

HARI KEDUA DI LOMBOK, INDONESIA

Day 2

First thing yang aku buat bila bangun tidur, kena pergi breakfast. Yes, wajib okay nak ambil feel makan pagi. Haha nanti tak pergi, rugi pulak kan kupon untuk breakfast tu. Lombok Garden Hotel ni sedap sedap jugak makanan dia. Even simple but nice so good looking their food. A lot of food yang korang tak pernah rasa dekat Malaysia. Yes, exactly I said yes. Don't worry, the tasty so delicious. Yang penting HALAL. Semestinya. 



Aku makan ala ala simple je. So aku duduk sorang sebab nak take pictures yang cantik cantik sikit. Haha 




Focus sangat ni makan. Haha sedap eh? Ke lapar? Dari semalam lepas berenang terus masuk bilik tidur. Masing masing penat. Dengan mata panda. Haha chill.

So after breakfast, kiteorang dah kena check out bilik dah. Semalam je stay dekat Lombok Garden Hotel ni. Sebab ada lagi next destination yang nak kena pergi terokai. Cewahhh. Hihi say peace.


Selfie bilik semestinya wajib bagi semua orang Travel seperti kami. Haha jangan tipu, mesti korang pun sama jugak kan? hahaha

Dah keluar bilik. Pergi bilik yang lain lain. Ada pulak sarapan kuih muih. Like kuih macam dekat Malaysia. Ni kuih ni aku pun tak tau apa nama dia. Pelik. Hahaha


Aku rasa jugak sikit. Tak rasa, macam rugi pulak kan. Hihihi so ulang suara, jangan tanya apa namanya. Haha sorry tau? 



Family photo dulu before leave the hotel.




Everyone say peaceeeeeee. Happy ja muka masing masing. Yela, tak sabar ni nak pergi Gili Trawangan. Yes, next destination is Gili Trawangan. Seriously i can't wait.

So dah lepas check out. Kiteorang akan pergi lunch dulu then baru bertolak ke Gili Trawangan. Dari hotel mengambil masa dalam 15 minit nak datang ke kedai ni.



Kedai makan ni nama dia Lesehan Taliwang Nada. Apa yang special sangat dekat kedai makan ni? Haa kejap. Tunggu sabar. Nak bagitahu la ni. Jangan kalut kalut. Hahaha 


Ni nama dia Nila Air Tawar. Orang kita panggil, Ikan Talapia goreng sambal gituw. Hahaha


Okay ini menu special dekat sini. Ayam Bakar Kelewang. Sedap. Tapi tapi tapi, nak tau kenapa? Ayam ni pedas. Haha sebelum nak makan. Make sure korang kena duduk bawah kipas, and sediakan tisu satu kotak. Eh melawak je. Tapi betul. Meleleh jugak lah peluh ni, even kena tahan pedas. Haish.


Ini pulak Klinching Kangkung and Taugey. Macam dekat Malaysia, kita panggil gadoh gadoh. Dia macam ulam je makan dekat sini. Makan dengan sambal. Sambal dia pun meletop letop jugak okay. Jaga jaga sebelum makan. Jangan terus hentam ja ambil banyak banyak. 


Sebelum makan. Semua muka steady ha okay. Lepas makan, haa hambek kau. Tak tahan dengan panas and pedas lagi. Haha tak caya tengok gambar bawah ni. Chiaa chia chia 


Hahaha kan aku dah kata. Semua muka tahan pedas. Pedas dia lain macam sikit. Aku pun tak tahu orang Indonesia ni suka makan pedas pedas ke? Haha adeh. Tak sakit perut ke? Aku makan sikit pun dah rasa tak tahan dah. 



Okay lah. Penat makan. Kenyang pun sudah. Now kiteorang nak sambung balik perjalanan ke Gili Trawangan. 




Dalam perjalanan nak ke Gili Trawangan mengambil masa selama 1 jam 30 minit. So dalam perjalanan korang nak sampai. Korang dapat tengok permandangan, dan suasana Pantai disini. Cantik sangat view dia. Ahhhh sumpah tak tipu. Lain sangat dari certain tempat yang ada di Malaysia. 

Dalam perjalanan tu nanti, pak supir akan berhentikan korang dekat tempat yang dipanggil Malaka. 





Cantik kan view background ni. Aku pun excited bila tengok kali pertama. Kalau korang ada masa datang lah ke Lombok, Indonesia ni. 


Sejam lebih dalam van, finally kiteorang dah sampai ke jetty untuk ke Gili Trawangan. Jetty ni nama Jetty Senggigi. 



SubhanaAllah. Indahnya ciptaanNya. 


Berselfie dulu. Sementara nak tunggu speed boat ke seberang pulau. Kalau kau naik speed boat, boleh gerak awal tapi mahal sikit lah. Kalau boat yang biasa, murah sikit berbanding dengan yang speed boat. Better korang naik speed boat lah. Sebabnya, korang ada privasi sedikit. 

Dalam 10 minit menunggu. Akhirnya inilah boat yang aku akan naik pergi ke Gili Trawangan. Private boat, speed boat. 


Boat dia pun cantik. Aisyah nama boat kiteorang naik. Haha mesti cantik kan Aisyah tu? Eh eh.



Masa diambil dalam 20 minit nak sampai ke Jetty sebelah Pulau. Kalau ikutkan, pukul 2 petang dah kena check in Hotel Ombak Sunset dah. Tapi kiteorang lewat sikit. Takpe, don't worry be happy. Kita yang bayar, kenapa diorang pulak nak panas kan? Hahahahahhaha kbye.

Setelah 20 minit naik boat. Then sampai dah ke Gili Trawangan. 




Airnya. Ya Allah, sangat jernih. Cantik pulak tu Pulau ni. Ahh panas pun tak pa, janji boleh snap gambar yang terbaik. 


Dari jetty kiteorang Cidomo. 2 km jugak lah nak ke Ombak Sunset Hotel. Kalau korang boleh jalan kaki, eh silakan. Tapi confirm sekerat jalan je. Haha. Jauh and panas terik. Exactly. Trust me ok. 




Nice hotel pada abad ini. Haha yeke? Bagi aku ya lah. Mana aku tau dekat korang. Kot korang Travel lagi jauh dari aku kan. Huhuhu 



Kawasan Ombak Sunset Hotel. 


Masa nak daftar masuk dalam bilik. Dapat air menyambut tetamu. Yang kuning tu perisa Pineapple and yang merah jambu tu perisa Guava. Sedap and masam sikit. Sedap minum waktu panas panas terik. Haha 


Pintu masuk dalam bilik. 


Katil kamu tidur malam ni. Cantiknya.


Tandas dia gila besar kau. Haha boleh mandi berjemaah terus. Hahahaha sempurna sangat. 


Keadaan ruang untuk almari and cermin.


Meja television. Pun apa kurangnya cantik jugak.




View untuk balkoni bilik. Kalau nak berehat boleh keluar sini. Semua privasi. Satu bilik, satu balkoni untuk berehat. Don't worry tak ada siapa nak kacau.

Selepas berehat sekejap. Hari pun dah mula lewat petang. Keluar lah kiteorang untuk mandi manda di swimming pool and pantai.




Buaian di Ombak Sunset Hotel ni. Yang paling terkenal dekat Gili Trawangan. Dekat sini ada 3 buaian. Tapi the famous one ialah yang tengah tengah. Hihi kalau korang bernasib baik. Tak ade orang pun nak berselfie dekat buaian tu. Kalau nasib tak baik, tunggu jelah turn korang ya? Hihihi .. 



So after mandi. Kiteorang lepak atas pantai untuk tengok sunset tergelam tapi sayangnya awan pulak tetiba tertutup matahari tu. Tapi sebelum tu sempat jugak lah tengok. Hihi 




Lepak santai santai sambil minum Milk shake Chocolate Banana. Nyaman, hilang dahaga.


Hari pun semakin malam. Apa kata, kita photoshoot dulu. Ehem ehem.


Lepas tu kiteorang balik, naik ke bilik. Untuk bersiap, rehat and nak keluar makan malam. 

Korang baca pun mesti penat kan? Sebab panjang sangat entry hari kedua harini. Aku pun penat. Gila tak penat kan? Tapi untuk korang, laratkan diri jelah untuk terus menulis. Tak suka tangguh tangguh kerja. Huhu so teruskan membaca ya. 

Untuk keluar makan malam, kiteorang plan nak pergi Plaza seni. Alah, macam night market kalau dekat Malaysia. Ala ala kedai kedai makan semua ada dekat sini. Yang penting tetap halal. 


Kiteorang pergi sini naik cidomo. Cidomo tu kereta kuda. Diorang dekat sini panggil pelik sikit, so jangan faham faham jelah. Hahaha aku pun bengong nak faham. Tapi cuba jelah untuk faham sikit sikit.

Masa diambil untuk sampai ke plaza seni ni dalam 15 minit macam tu. Ikut lah kuda tu jalan laju ke tak. Haha kalau lembab lama lah korang nak sampai. 




Ini dia makan malam aku and yang lain. Tapi ada jugak yang makan burger. Lupa nak snapkan gambar. Hehe. Menu malam ni Ikan merah bakar, ikan merah masak sweet and sour and Sotong goreng tepung. Bersama pilihan minum aku Air Kelapa muda. Fresh lagi. Tapi no ais. And setelah mintak, baru dia bagi ais.

Perut dah kenyang. Masa untuk meronda night market dia. Ni keadaan dekat sini.



Lepas jalan jalan. Semua dah penat. So time to balik hotel and tidur. Sumpah mengantuk. 

Tunggu cidomo untuk balik ke Hotel. Jauh jugak lah 2 km. So cidomo sangat penting dekat sini. Boleh sewa basikal tapi sanggup kah korang nak bawa beg besar besar sambil kayuh basikal? Hahaha impossible okay. 


Akhirnya, setelah kedup kedap kedup kedap naik cidomo ni. Sampai dah dekat hotel. Hehe

Perjalanan aku harini penuh dan memenatkan. Yes, penat gila. Jom masuk bilik, nak tidur. Esok sambung lain ya di Hari Ketiga berada di Lombok, Indonesia. 

Esok kena bangun awal. Lepas subuh terus check out hotel and bertolak ke tempat seterusnya. Nantikan entry Hari ketiga esok. 

Selamat malam semua.
Mimpi indah.




Bersambung .....

































 

























3 comments: