Tuesday, March 8, 2016

HARI TERAKHIR DI LOMBOK, INDONESIA

Last Days:

Good morning everyone. Harini lain sikit feel dia. Hmm yelah. Harini bangun pagi dah terasa kenapa lah sekejap sangat dah last day dekat Lombok. Nak breakfast pun terfikir tak nak balik. Rasa nak sebulan ja bercuti dekat sini. Rasa tenang.

Aku bangun lambat sikit dalam pukul 8:30 pagi macam tu. Penat wei semalam balik pun dah lewat malam. Perjalanan pun jauh nak mampus. Haish memang aku tidur mati lah malam semalam hahaha 

Bangun ja, aku terus berus gigi and cuci muka. Tak mandi pun pagi ni. Sebab nak take breakfast dulu, lepas tu baru mandi. Kihkihkih 




Makan lebih sikit harini. Haha yelah hari terakhir kan mesti lah kena makan kenyang kenyang. Hihihi baru lah tak teringat bila balik nanti. 



Dah puas makan macam macam. Aku pergi usya tepi Pantai hotel ni. Tak sangka cantik jugak tempat dia. Ruginya pergi jauh jauh tapi hotel sendiri punya lawa baru harini jejak kaki setelah 3 hari dekat sini. Em em


HY di Indonesia. Fuhhh saja ja ambil gambar macam ni. Nak jugak cun melecun kan. Dah lama tak menconteng pasir pantai. So alang alang buat jelah dah bosan sangat pagi ni. 





Cantikkan view dari Pantai Kila Beach Resort Hotel ni. Air dia pun jernih. Dekat sini pun boleh buat aktiviti snorkling. Macam best ja kan, tapi tu lah aku tak ada masa sebab rushing sejak sampai ke Lombok ni. Macam macam nak pergi. Dah lah satu ke satu tempat tu mengambil masa yang lama nak sampai. Hm sabar jelah. 



Dah ronda ronda hotel dengan Pantai aku terus kemas beg, lipat semua baju untuk masukkan dalam beg elok elok. Bagi muat, jangan tak muat pulak. Haha 

Selesai kemas beg. Terus pergi mandi. Yela kan tadi masa keluar breakfast kan tak mandi. Tu yang mandi tu. After that baru siapkan diri cantik cantik, hensem hensem. Hehehe sebab harini saja seharian kiteorang akan pergi shopping. Wuuuuu shopping ok shopping. Ni yang tak sabar ni. Banyak yang nak belinya. Hahaha eh.




Bila semua dah siap prepare barang. Bilik pun dah siap check out. Masa untuk kiteorang bertolak. Hm rasa sedih gila nak tinggalkan tempat ni. Tapi nak buat macam mana kan. Dah sampai seminggu je vacation aku kali ni.

First sebelum kiteorang mulakan perjalanan. Kiteorang pergi money changer dulu. Alah dekat area hotel je. Betul betul depan hotel kiteorang stay. 




Money changer dekat sini murah. Rp 1juta baru RM 314. Aku haritu tukar dekat Malaysia Rp 1 juta bersamaan RM 320. Mak ai, beza sebanyak RM 6. Banyak kot. Tu lah, nilai mata wang ni kekadang jatuh kekadang naik. Dia tak menentu. Nasib baik, murah lah dia. Nasib tak baik, mahal lah. 





Dah tukar duit. Kiteorang start perjalanan dari Senggigi ke Cakranegara mengambil masa dalam 1 jam lebih. Untuk sampai sini. Kiteorang mula start cari barang yang nak di bawa balik ke Malaysia. 

Ada yang cari songket, kain pelekat, kain telekung dan baju. Banyak lah souvenir yang korang boleh beli and bawa balik. Dekat Cakranegara ni barang dia murah murah berbanding dekat tempat lain.




Haaa beli jangan tak beli. Dan bila beli tu, jangan lupa nak minta tawar lagi tau. Selalunya diorang sengaja letak harga mahal mahal, padahal murah je. So please beware okay. Kalau tak tahu, minta tolong dengan pemandu pelancong korang.


Ni diaaa songket buat kakak aku tersayang. Khas aku beli untuk diorang. Haha color purple and blue. Harap diorang suka lah. Yelah, aku mana lah pandai pilih pilih barang untuk perempuan ni. Hahaha



Ni dia pekan Cakranegara. Rumah kedai kecil kecil tepi jalan raya. Memang ramai orang jual dekat sini. Macam pesta jual beli pulak. Hehe




Masa kiteorang shopping tu, kiteorang ada jumpa seorang penjual bermotosikal. Dia jual Telur Lilit. So aku pun cuba lah beli 10 cucuk untuk rasa macam mana. Dekat sini memang makanan pelik pelik sikit. Yang penting halal. 



Perghhh! Telur Lilit ni memang sedap wei. Kalau korang datang sini, please cubalah makan Telur Lilit yang ini. Lain dari yang lain tau. Aku lupa nak tanya telur tu dari telur apa. Sebab aku tengok telur dia masak tu, kecil ja. Tak besar. Aku pun confused telur apakah itu. Hahaha




Suasana keadaan di Pekan Cakranegera.



Masa tengah berjalan. Tak sangka pulak terjumpa truck polis. Haha minta tolong nak tangkap gambar dengan diorang. Ternyata diorang sporting habis wei. Siap aku dapat naik atas truck diorang lagi. Hahahaha dapat jugak merasa naik dengan polis Indonesia. Kacak kacak semuanya. Ehem ehem


Yang ini kedai dia Nama Toko Murda. Kedai ni jual kain sarung atau dikenali sebagai kain pelekat untuk lelaki. Dekat sini murah. 1 kain Rp 100ribu sahaja. Murah ke tak? Entahlah, korang kena kira sendiri berapa ringgit duit kita. Hahaha 




Dah selesai shopping dekat a Pekan Cakranegera. Dekat 2 jam disana. Pusing pusing tak sedar dah lewat petang. So kiteorang terus pergi ke tempat pembuatan labu sayong.

Kalau dekat Malaysia, benda ni famous di Perak. Hehehe memang banyak. Sama jugak macam dekat Indonesia ni. Cara nak buat pun sama. Kiteorang tak beli pun, datang tengok je. Hehehe 




Ni lawatan yang kedua kiteorang dekat Industri Kerajinan Patuh. Diorang ada buat songket menggunakan tenaga fizikal diorang sendiri. Handmade gituw.



Taraaaaa. Aku rasa bertuah sebab dapat berpeluang untuk merasai macam mana perasaan nak buat songket. Bukan senang tau nak buat. Nampak ja benda ala ala simple tapi realitinya orang yang buat kain songket tu jelah yang tahu. Peritnya nak siapakan.


Kain songket ni yang dah siap di buat. Aku diberitahu, selama 1 bulan lebih untuk siapkan satu kain songket ni. Bangangkan berapa banyak yang telah diorang siapkan. Memang makan masa bertahun-tahun. Fuhhh!




Okay lepas tengok orang tenun songket. Kiteorang pergi kedai untuk beli souvenir pulak. Kedai ni Klasik sikit sebab banyak ukir muka patung. Ini kedai D'brunk Lombok. Berdekatan dengan Airport sahaja.



Susunannya kemas dan teratur. Cantik dan nampak elegan kedai ni. Bersih.




Dekat kedai ni jugak ada jual mutiara. Tapi mutiara ni mutiara air tawar. Bukan laut. Harga pun boleh tahan, berpatutan jugak. Tak mahal sangat, dalam Rp 100ribu and above setiap satu.






Di kedai D'brunk ni jugak ada jual manisan, songket, keychain dan baju.



Haaa banyaknya aku beli Keychain. 10 keychain hanya Rp 55 ribu. Kau beli satu pack ja, yang banyak banyak tu orang lain yang beli.



Next destination is Sasak Village. Perkampungan dekat sini ada sejarah nya sendiri yang kita tak tahu. Sehingga lah sekarang masih lagi diorang kekalkan dengan tradisi diorang. 

Perkampungan dekat sini selalunya Lelaki akan culik perempuan dan bawa kesini untuk di nikahi. 


Selepas dengar penerangan tentang Kampung Sasak ni dengan penduduk kampung disini. Orangnya baik. Dari masuk sampai balik selalu teman kiteorang dekat dalam kampung ni dan dari A to Z dia akan cerita. Selagi tak penat kan. Hahaha layan kan jelah, pasang telinga korang untuk dengar. Hihi




Rugi siapa datang sini tak tangkap gambar. Bila lagi kan. Haha kalau aku semua tempat pi semua aku tangkap gambar. Yes! for myself untuk flashback balik kenangan kenangan aku dekat Lombok nanti. Hehe



Masa round dalam Sasak Village ni. Ada jumpa salah seorang penduduk kampung sini. Umur dia dalam 80 tahun macam tu, tapi masih lagi kuat dan mata dia masih lagi clear. Dia tengah buat proses kapas menjadi benang. Teknik tangan, kita dekat Malaysia guna mesin ja kan. Jangan harap lah nak jumpa benda benda ni semua, memang tak ada.


Suasana rumah di Kampung Sasak. Rumah diorang dekat sini rapat rapat. Rumah diorang jugak tak diperbuat daripada simen or pasir. Diorang buat daripada taik lembu dan jugak tanah liat. Diorang akan bancuh dulu. And setiap seminggu sekali diorang akan cuci lantai rumah diorang menggunakan taik lembu yang masih segar. Yang baru keluar daripada bontot lembu. Eeee memang berbau tapi selepas 15 minit diorang cuci, baunya tu akan hilang serta merta.

Dekat Sasak Village ni lah aku belikan dekat mama aku Kain songket 2 helai. Satu color purple and merah hati. Tak tangkap gambar, lupa. Hehehe jangan marah. Yang penting cantik.



Okay selepas penat berjalan jalan, bershopping apa semua. Masa pun tak mengizinkan kiteorang untuk lebih lama lagi dekat pekan. So kiteorang akan balik ke Airport untuk check in flight pukul 7:15 malam. Beratnya hati nak tinggalkan Lombok. Hmm 


Sebelum masuk ke Airport. Sementara tu ada yang kemas kemas barang, masukkan barang yang dibeli ke dalam beg. Kiteorang makan dulu. Ya kiteorang tak makan dari tenggahhari lagi. Sebab kiteorang no time nak pergi makan. Terkejar kejar nak beli barang, nak shopping dan nak perabiskan duit rupiah kiteorang. Hahaha nasib ada Mama Intan buatkan kiteorang lunch.

Kenyang dibuatnya. Tambah 2-3 kali. Sengaja diorang nak bagi aku mengindam kot masakan diorang. Hmm sedap. Kalini makan tak rasa pedas dah. Mungkin lidah aku dah boleh terima masakkan orang Lombok. Ahhh nak makan masakan mama lagi. Em



Lepas makan, kiteorang snap dulu dekat depan pintu masuk Airport Lombok ni. Walaupun biasa biasa ja Airport dia, tapi memang ramai dengan masyarakat diorang. Ada yang tunggu orang dan ada jugak yang nak jadi pak supir untuk orang baru sampai ke Lombok. Senang cerita, macam kereta sewa dengan pemandu pelancong lah. Haa macam tu. 



Lepas bersalaman dengan semua family Intan dan jugak pak supir. Kiteorang terus masuk Airport. Kiteorang kena check in luggage sebelum pukul 6:30 petang. 


Cantik lukisan dinding dekat Airport Lombok ni. Jangan lupa tangkap gambar sekali. Hahaha itulah kerja aku. Asyik posing je, penat.


Lepas dah check in luggage yang besar besar. Kiteorang pun gerak masuk ke imigresen. Check passport and boarding pass. 

Jam pun dah pukul 7 malam. So kiteorang dah boleh masuk flight. Flight kiteorang terbang pukul 7:15 malam. 

Masa flight kiteorang dah terbang, masa perjalanan kiteorang dari Lombok ke Kuala Lumpur mengambil masa selama 3 jam. Memang lama. Sama macam datang haritu.


Sementara tunggu nak sampai lama sangat. Aku order Maggie Hot Cup Curry, 100 plus bersama ais cube. Harga aku bayar dalam rupiah. Yelah duit rupiah pun tak habis guna lagi. Haha aku makan dalam Rp 50 ribu semua ni. 

Habis makan, kenyang pulak. So landing lah kepala. Tidur dulu. And terjaga jugak lah. Biasalah kita bukan tidur dalam bilik nak senyap senyap, mestilah bunyi bising orang berborak dalam flight. Dengan lampu dia pun terang menerang. Haha

Dengan penuh kesabaran, kiteorang pun sampai ke KLIA 2. Semuanya dah letih, mengantuk apa semua. 

Salam dengan family semua. And then aku terus balik ke campus semula. Kenangan dekat Lombok menjadi salah satu kenangan yang terindah buat diri aku. Sangat best dan terbaik bila dekat sana. Selalu dengar dari mulut orang ja, tapi sekarang aku dah tahu macam mana kehidupan orang disana. Alhamdulillah...

Okay lah semua, hari dah lewat dah ni. Lepas ni sehari dua hari lagi, aku akan update berapa budget yang aku habis bila datang sini. Tunggu ya? Selamat malam. 


Assalamualaikum ....





4 comments:

  1. finally khatam pun baca your 6 days 5 night entry . pheww.

    cantik sangat pantai tu. tapi macam seram je bab pegang tapak sulaiman tu. errr

    ReplyDelete
  2. Enty yg menarik..
    Bole sy dptkn budget dan kos perjalanan ke sane? Dan nole sy tau awak amek pakej di mane ye? Tq

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.. boleh saya dapat no supir? boleh email ke aminlia.ahmad@gmail.com
    TQ

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum.. boleh saya dapat no supir? boleh email ke aminlia.ahmad@gmail.com
    TQ

    ReplyDelete