Thursday, March 3, 2016

HARI PERTAMA BERLEPAS KE LOMBOK, INDONESIA

Day 1: 

Flight aku pukul 3:30 petang. Tapi keluar Dari rumah awal dalam pukul 10 pagi macam tu. Yela, nak prepare apa yang patut kan? Tak nak terlewat and terlepas flight ja nanti. Mana nak tau takut takut jalan jem ka haa. Kl biasalah, tak boleh nak jangka. Haha menangis la hampa sesorang dekat airport kalau terlepas time boarding pass. 


Sebab tak nak jadi benda yang tak diingini, ceq decide keluar dari rumah awal. Dari Kelana Jaya to KLIA2. Mengambil masa dalam 45 minit. Cari parking kereta apa semua pun dah makan masa. So pandai pandai lah hampa bajet masa nanti. Sampai airport awal tak apa, jangan lambat je. Rushing kau nanti. 



Sebelum boarding pass. Kiteorang singgah makan mcd dulu dalam airport. Lunch, solat apa semua. 


Jam pun dah tunjuk pukul 3 petang. So kiteorang dah boleh masuk dalam flight. Ahh tak sabar wei sebab lama aku tak Travel jauh jauh ni. Tu pun last year punya cerita. Hahaha 


Taraaaaaaaaaa... dah ada dalam flight. Dah duduk dah pun dekat tempat duduk yang check in haritu.. Paling best, dapat tepi tingkap. Hahaha mestilah sebab nak tengok view dari atas kan. Well, macam tak pernah pulak aku ni naik flight. Kali ni jakun sikit sebab excited punya pasal. Biarlah sekali sekala kan. Okay lupakan. Tak penting pun haha


Duduk punya duduk, flight dah pun bersedia untuk berlepas. Fuhh, gugur jantung beb. Eleh aku tipu ja ni. Haha tak ada apa apa lah. Chill sudah okay, buat biasa ja macam korang naik roller coaster haaa gitu. Kahkahkah


Semasa penerbangan. Aku dihidangkan dengan menu Chantin Beef Burger, 100 plus and mineral water. Harga MYR RM21. Mahal kan? Biasalah kan. Macam korang ni tak tau ja, harga dia dalam flight dengan dekat luar 2 kali ganda tau. Lapar punya pasal, beli lah jugak. Kalau tak, kau tidur ja senang. Hilang lapar nanti. Tapi aku nak jugak makan, tak kira.

Cerita pasal makan ni, aku nak bagitahu dekat korang yang makanan dalam flight sedap. Seriously. Tak percaya nanti korang naik, korang cuba makan. Aku punya burger ni sedap. Yang lain aku tak tau. Hikhikhik korang cuba lah sendiri nanti ya ? 


Biru sangat langit. Cantik. Awan tu geram je aku tengok. Comel sangat. Hahaha. Kalau boleh nak ja keluar dari tingkap nak makan. Macam gula gula kapas. Haha kidding. 


Muka orang kenyang memang happy lain macam sikit. Haha. Kenyang sudah, kepala pun mula lah pening. Berat sangat dah. Tak tau la kenapa. Selalu tak macam ni pun bila naik flight. Harini dia tetiba nak manja manja. Haish

Actually demam, sembuh pun belum lagi ni. Dah kena terbang jauh, kena la jugak walaupun diri ni tak berapa nak sihat. Ala demam biasa biasa ja. Aku memang macam ni kalau terlampau letih sangat. Dengan kelas lagi, pastu nak Travel lagi. Penat pergi langkawi haritu pun tak hilang lagi tau. Rindu lah jugak dekat sana. Tapi tak pe, nanti boleh gi lagi. 



Setelah 3 jam 10 minit atas awanan. Akhirnya, nak landing dah. Yeay. Tak sabar nak turun. Hihi 



Safe landing. Yahoooo. Suasana kampung suasana airport dikelilingi dengan sawah padi. Jangan jakun pulak tau? Dekat Malaysia pun ada jugak. Hahaha jangan kata tak tau pulak sawah padi tu apa.


Turun ja check dengan imigresen terus keluar dah gelap. Sayangnya kan? Hmm. Takpa nanti balik kita snap banyak banyak dekat airport ni. 

Perut dah berbunyi. Cari pak supir and kawan terus bawa pergi makan malam. Dekat kedai Nasi Balap Puyung. Tak sampai 10 minit pun kalau naik kereta. Berdekatan dengan airport ja. So senang la nak cari nanti. 


Ni dia punya rupa macam mana kedai tu. Biasa biasa ja.  Boleh datang try. Yang penting halal. Jangan risau kalau datang Lombok ni. Majority semuanya Beragama Islam. So kita tak payah risau apa apa. Lombok jugak terkenal sebagai 1001 masjid. Sekitar jalan raya, banyak masjid yang berdekatan. Betul, aku tak tipu. 


Nasi Balap Puyung: 15 ribu (MYR RM4)


Es Kelapa Muda (buat pakai gula merah): *tiada harga dalam menu* sorry.


Muka semua penat. Haha tapi masih lagi steady sebab dapat makan. Alhamdulillah...

Lepas makan kiteorang nak gerak ke Ibu Kota. Dalam 1 jam lebih nak sampai. Nak rehatkan badan untuk esok. 


Inilah rupa van yang kiteorang sewa dekat sini. Besar beb. Panjang pulak tu. Macam bas tak, macam entah aku pun tak tau nak cakap macam mana. Haha tapi memang besar dan dalam pun luas. Memang selesa dan puas hati.

Setelah sejam perjalanan nak ke Hotel. Akhirnya sampai jugak. Ke Lombok Garden Hotel.





Persekitaran hotel ni sangat cantik. Puas hati walaupun hanya singgah untuk malam ni je tidur. Yeay.  








Cantik kan bilik dia? Penat gila ni. Dari pagi tadi tak rehat lagi. Sana sini. So inilah perjalanan aku pada hari pertama dekat Lombok, Indonesia. 

Aku dah penat sangat dah ni. So aku nak tidur dulu. Esok ada lagi aktiviti yang nak buat. Tunggu entry yang seterusnya. Byebye.Good Night ❤️ 



BERSAMBUNG ......































5 comments:

  1. View dkt hotel tu cantik.. X sabar nk bca next entry..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank ya. Memang cantik. Rasa sayang gila nak tinggal. Stay semalam pun rasa puas hati sangat. Jemput baca lagi ya lepas ni. Terima kasih ☺️

      Delete