Monday, March 7, 2016

HARI KELIMA DI LOMBOK, INDONESIA

Day 5:

Seperti biasa, awal awal pagi kalau bangun mesti lah pergi breakfast. Harini excited lebih sikit sebab nak pergi Pantai Pink dekat Lombok Timur. 



Breakfast harini lain sikit, sorang sorang. Sebab semua dah bangun awal pergi breakfast. Entah la kenapa pulak awal harini. Aku pulak yang lambat haha


Aku tak lambat, aku bangun macam biasalah pergi breakfast pukul 7:30 pagi. Tak tau pulak diorang lagi awal harini. So by the way, takpa sorang pun sorang lah. Yang penting kenyang, Kan? Hihi

Pak supir pagi ni dia memang sampai awal. Haha aku pun hairan kenapa semua orang awal keluar harini. Haha ke aku yang lambat? Tak okay tak. 

Lepas tunggu semuanya siap, aku duduk dulu dekat lobby. Layan wifi dia. Tengok YouTube je. Saja nak hilangkan bosan.

Bila semua dah siap, kiteorang pun naik van untuk bertolak ke Pantai Pink di Lombok Timur. Perjalanan kali ni betul betul jauh. Mengambil masa dalam 4 jam lebih. Fuhhh kebas pungkuk wei dalam van. Nasib aku tidur kejap dalam van tu. Hehe so tak rasa lah jauh sangat. 

Masa perjalanan, kiteorang berhenti untuk beli rambutan. Untuk makan dekat Pantai Pink nanti. 



And masa kiteorang sampai ja dekat pekan, kiteorang terjumpa orang jual ais dekat tepi jalan. Diorang panggil Es Tape. Dekat Malaysia macam ais kacang gituw tapi dekat sini lain sikit. Simple tapi sedap gila. Ada yang tambah lagi haha. Dia punya chocomilk tu memang betul betul rasa Coklat. Aduh aku craving pulak lah lepas ni bila balik Malaysia hmm






Dah puas rasa Es Tape. Kiteorang macam biasa teruskan perjalanan. Kejap berhenti kejap jalan. Memang makan masa jugak lah. Sabar sabar.



Masa perjalanan tu korang boleh tengok suasana penduduk dekat Lombok Timur ni macam mana. Semua tak ada beza, sama ja. Hehe

Lepas bertolak tadi, aku terus tidur. Penat tambah dengan mengantuk lagi. Tidur tak cukup haha tapi takpa, bukan senang nak datang kan. Bangun jelah awal. 




Setelah 4 jam perjalanan, kiteorang dah sampai dekat pintu utama untuk ke Pantai Pink. Dari sini dalam 10 km. Jauh kan?


Jalan dia masa nak sampai tu, berbukit dan berbatu. So hati hati kalau yang datang naik kereta ataupun van. Bukan apa, takut tayar pecah ja. Tapi kiteorang tak ada apa apa yang berlaku. Okay je. Van kiteorang kuat okay hehehe



Haaaa dalam kesabaran ada keindahan. Ini lah Pantai Pink salah satu tempat di dunia yang pantainya color pink. Tak ada dekat mana mana. Malaysia pun tak ada. Indonesia dengan negara yang tertentu ja memiliki keindahan pantainya yang berwarna pink ni. Cantik kan? 



Jangan lupa abadikan diri korang untuk snap gambar dekat Pantai ni. Itu yang paling penting. 



"Dulu kita tiada beza, hanya manusia biasa. Yang ditakdir jatuh cinta, jatuh cinta pandang pertama."

"Berikan aku satu peluang, peluang untuk mencintaimu. Berikan aku satu peluang, peluang untuk merinduimu."

"Sekali lagi, oh oh. Sekali lagi, oh oh."

"Senyum tawa sedih duka, kita tetap bersama."

Hahaha feeling feeling pulak aku ni. Ish ish, jangan jangan. Makwe orang tu haha

Lepas ja kiteorang tangkap gambar, kiteorang terus makan tengahhari dekat sini. Macam semalam mak Intan yang bawakan untuk kiteorang. Baikkan diorang? Satu family baik. Bukan senang tau nak jumpa orang yang macam tu, lagi lagi kita ni orang asing dari Negara diorang. Tapi diorang layan macam family diorang. Ni yang aku bangga sangat ni dapat kenal. Hihi






"makasih ya ibu kerna buat in kami makanan."



Selepas makan, kiteorang nak naik bukit yang terletak dekat tepi Pantai pink ni. Tinggi dan kiteorang nak tengok view dia dari atas macam mana. Rugi siapa datang sini tapi tak naik. Penat ja korang datang berjam jam.






Atas tebing bukit ni ada macam kandang. Orang dekat sini bela Lembu, kambing, dan jugak ayam. Dan sebelum terlupa, diorang jugak bercucuk tanam. Macam jagung, dan jugak sayur. Hasil perternakkan dan pertanian diorang akan dijual.





Semestinya bila dah sampai atas ni kena lah ambil gambar satu family. Cantiknya ya Allah. Jom kita lompat dulu semua. Yeah!





Permandangan dekat atas ni korang boleh nampak Pulau pulau kecil yang ada. Lagi satu, cuaca dekat sini memang panas. Bukan panas biasa tapi panas terik. Tau kan terik tu macam mana. Haa bayangkan lah aku dekat atas ni masa nak tangkap gambar. Haha muka kerek je.

Dah puas posing apa semua. Kiteorang pun turun lah. Masa turun tu kiteorang beli air dulu dekat kedai area sini jugak. Dahaga uolls. Haha

Tunggu semua turun. Baru start bertolak untuk balik ke hotel. Perjalanan makan masa selama 4 jam lagi. Fuhh bayangkan 8 jam lebih kiteorang habiskan macam tu ja dekat dalam van. Hm memang jauh. Bukan dekat tau, jauhhhh sangat sangat.


Dalam perjalanan balik, semua penat kan. Jadi kiteorang semua plan nak massage badan. Yelah, semalam tak dapat sebab kedai penuh. Harini boleh pulak massage tapi dekat kedai lain lah.




Nama kedai ni Pijat Refleksi Family. Aku dengan yang lain lain ambil package yang untuk full body. Hanya Rp. 50000 seorang.



Sebelum urut, korang kena tukar seluar dulu untuk memudahkan diorang urut. Aku pun terpaksa lah tukar pakai seluar pendek yang diorang sediakan. Masa nak urut dekat badan, korang kena pulak buka baju. Seluar jangan lah buka. Hahaha gila nak buka. Nasib laki yang urut. Kalau perempuan memang jadi benda lain dah. Eh eh haha jangan macam macam. Behave okay.

Perghh! masa urut ni memang sakit. Kuat pulak tu picitnya. Hahaha walaupun sakit tapi puas. Hilang habis semua lenguh lenguh kaki, sakit belakang, sakit kepala, sakit tangan semua. Senang cita, semua hilang lah. Haaaa gituw.

Setiap seorang 1 jam untuk urut. Yang lelaki cepat siap, tapi yang perempuan yang lama nak siap tu. Gila penat nak tunggu diorang siap. Haha dekat 4 jam jugak lah tak siap siap lagi. Aduh diorang urut ke diorang mandi bunga sekali? Haha kidding.

Masa kiteorang urut ni, Intan pemandu pelancong kiteorang keluar dengan family dia untuk belikan kiteorang makanan untuk makan malam. Haa tu yang aku cakap tu, diorang ni baik sangat dengan kiteorang. Layan macam top tip top. Rasa tak nak balik Malaysia pulak. 

Makcik Intan pulak datang bawa anak dia. Cantiknyaaaaaaaaa dia. Aduh jatuh cinta pandang pertama dibuatnya. Kalau bawa balik Malaysia pun mesti orang tak tahu dia tu Indonesia. Sebiji nampak macam kita orang Malaysia. Tapi kulit anak dia Putih. Ah ni yang gilang bayang sorang sorang ni haha.

Akhirnya 3-4 jam tunggu, yang perempuan semua dah siap massage. Yeah! perut lapar, penat. Semua ada. 






Malam ni kiteorang makan special lagi makanan orang Indonesia ialah Sate Bulayak. Sate ni ada tiga pilihan, daging sapi, hati sapi, dan jugak daging ayam. Tapi kiteorang makan campur. Tiga daging dalam satu pinggan. Makan kena bersila tau, tak ada bangku. Alah, macam tak biasa duduk bersila kan? Hehe bersila lah best daripada duduk atas bangku. Tak feeling habis haha


Air Teh Pucuk Harum. Tak pernah jumpa dekat Malaysia. Memang tak ada. Teh dia rasa lain sikit. Tapi sedap.


Ni dia Sate Bulayak. Dapat sekali dengan Nasi impit. Specialnya diorang buat sendiri. Pakai daun palas. Bentuk dia panjang panjang. 



Yes. Malam ni kiteorang dapat jugak makan durian lombok. Setelah beberapa hari mengindam hahaha. Semestinya sedap, berlemak. 


Habis lincin makan sate dengan durian ni haa. Haha yelah perut tengah lapar. Lagi lagi mengindam dari first day lagi sampai sini. Tapi Malam ni baru dapat makan.

Selepas selesai makan, kiteorang balik hotel semula. Masing masing letih. Masing masing nak berehat. 

Malam ni malam terakhir kiteorang dekat Indonesia. Esok petang flight balik ke Malaysia. Cepatnya masa berlalu kan? Rasa baru ja sampai semalam. Tak puas, baru rasa nak dekatkan diri dengan Indonesia. At last dah nak balik dah esok. Ni yang tak suka, selalu macam tu. Bila hari last lah macam macam benda berlaku. Sayangnya nak tinggalkan Indonesia ni hmm

Perjalanan dari kedai makan tadi tu nak ke hotel, dalam 20 minit macam tu. Tak jauh sangat. 

Okaylah. Dah penat ni. Masa untuk beristirehat untuk last night di Indonesia. Kapan datang lagi ke sini. Hm I don't know lah. InshaAllah one day nanti kalau ada rezeki lagi. 

Itu saja aktiviti aku harini. 
Selamat Malam. 








Bersambung ......





































No comments:

Post a Comment