Saturday, March 5, 2016

HARI KETIKA DI LOMBOK, INDONESIA

Day 3:

Jam pukul 7 pagi. Bangun terus mandi. Sebabnya pagi nanti terus nak ke waterfall Sendang Gile. So check out Hotel Ombak Sunset terus ke Jetty. Speed boat kiteorang tak boleh ambil dekat hotel disebabkan air surut. 

Harini kiteorang tak ambil breakfast dekat hotel. Kiteorang makan makanan yang dibawa ja. Maggie and so on. Ala ala makan je apa yang ada gituw. Haha sebabnya nak kena rushing keluar dari Gili Trawangan. Takut lambat nanti nak berjalan tempat lain pulak. Hari hari full trip, penat tu jangan cerita lah. Memang penat.

Kiteorang pagi lagi dah naik cidomo. Kedup kedap kedup kedap lagi lah pagi ni. Haha tapi feeling dia rasa lain macam sikit. Nanti korang datang korang baru tau rasa macam mana. Aku tak nak cerita dekat sini. Bagi korang tengok and rasa sendiri macam mana. Baru suprise kan? 



Bila dah sampai jetty. Terus snap gambar. Dekat sini lah nak tangkap gambar yang lawa lawa pun wei. Kalau tak rugi. And ada lah rasa menyesal sikit. Kalau bagi aku lah kan. Bukan senang nak datang. Tak tau bila pulak nak sampai ke sini. Hmm

Sebelum tu, aku ada buat video dulu. Nak tengok? Boleh buka dekat instagram @huzairieyahyaa .. Part 1 and Part 2.

30 minit tunggu boat. Then sampai dah boatnya. Macam biasa, boat yang semalam tu. Aisyah nama dia. Haha memang laju. Nama pun speed boat kan. So no wonder lah. Dalam 15 minit sampai lah ke seberang.

Turun ja dari boat, pak supir dengan van dia dah siap tunggu dah. Hihi bagi dia angkat beg and masukkan dalam bonet. 

Lepas semua dah ready nak bertolak kiteorang pun plan akan berhenti makan. Dalam perjalanan kiteorang singgah di kedai Lesehan Terasa untuk makan tenggahhari. Dengar dekat sini Ayam Balap Puyung pun ada. Fuhhh mesti sedap kan? Hehe jom makan.



Pergh sedap tapi satu je masalah dia kalau makan dekat Indonesia ni. Lauk dia semua pedas pedas. Terlupa pulak bawa kicap. Kedai ni pun tak sediakan kicap. Hahaha aku ni tak tahan pedas and tak makan pedas sebenarnya. Haish sedih. 

After kiteorang makan. Mulakan semula perjalanan untuk ke waterfall. Tak sabar nak sampai sana. Nak tengok keindahan air terjun diorang macam mana. Tengok gambar lawa, tapi nak tengok dengan mata kasar sendiri lawa ke tak.

Hihi air terjun dekat Medan lawa jugak tapi nak tengok air terjun dekat Lombok pulak kali ni.


Dalam perjalanan, ramai dah yang landing. Ada yang pening kepala, ada yang penat tak cukup tidur. Aku lah tu tak cukup tidur, tapi disebabkan korang aku tak tidur untuk tulis setiap hari entry bagi siap. Haha sweet tak?

Masa perjalanan nak ke Sendang Gile mengambil masa 2 jam lebih tak kurang macam tu lah. Sebab jauh nak ke Lombok Utara. Kiteorang dari Lombok selatan. Tapi kiteorang start perjalanan dari Jetty Senggigi. 

Korang boleh rehat masa dalam perjalanan ja. Dekat hotel? Haha tak rehat sebenarnya. Sebab? sebab kiteorang keluar pun bukan duduk hotel sangat. Balik terus tidur ja. Pastu terus keluar pagi tu. 2 malam berpindah rendah ke satu satu hotel. So malam ni kiteorang stay satu hotel terus sampai balik. Hotel mana? Nanti lah aku cerita. Sabar dulu. 

Masa perjalanan aku tidur kejap. So rasa tak lah penat kan. Bangun ja terus sampai. Yeayy, tak sabar.




Bila dah sampai sini. Korang jangan ingat air terjun depan mata korang ja tau? Korang kena mendaki selama 15 minit untuk ke air terjun yang pertama dan seterusnya selama 30 minit. Yes, memang jauh. 


So dekat atas ni. Korang boleh lah bawa beg baju untuk korang nak pakai masa mandi nanti. Sikit sudah. Jangan bawa beg besar besar. Nanti baru kau rasa macam mana bawa beg besar. Haha 







Ini air terjun yang dipanggil Sendang Gile. Yang terjun yang pertama korang akan jumpa apabila penat mendaki. 

Dekat sini lah kiteorang akan tukar baju mandi. Bilik persalinan Dekat sini kena bayar. 2 ribu rupiah seorang. 

Lepas tangkap gambar dan semua dah tukar baju. So kiteorang teruskan mendaki untuk ke Tiu Kelep. 




Penat mendaki selama 30 minit. Mendaki bukit tu memang jalan dia sangat mencabar. Kena lalu laluan air sungai. Pemandu guide korang akan ada iringi korang sepanjang perjalanan. Akhirnya tempat yang ditunggu-tunggu telah tiba. 



Inilah air terjun yang terakhir dan yang kedua. Nama dia Tiu Kelep. Jauh jugak lah nak sampai sini tapi korang akan hilang penat bila dah sampai sini. Sebab apa? Sebab cantikkkk gile. 


Nak tengok video? Boleh tengok dekat Instagram aku. Nice air terjun. Air jernih gila. Tak tercemar dengan sampah sarap. Tak ada kotor langsung. Airnya boleh terus minum. Jangan risau. 

After dah selesai mandi. Kiteorang mendaki lagi untuk balik. Sama juga masa dia. Tapi masa balik korang akan rasa sekejap. Tak tahu kenapa haha.

Masa perjalanan balik. Korang akan lalu laluan gua yang berair. Memang adventure gila. Akan redah ja air. Basah tu memang akan basah lah. Sebab tu korang lepas mandi. Jangan tukar pakaian balik. Sebab korang akan basah semula. So pakai je baju mandi tu.



Aku tak mandi lama sangat. Terketar ketat badan aku. Sejuk wei. Macam dah nak beku dah. Tapi masa mendaki balik tu badan jadi panas balik so kurang lah sikit ketar tu. Hihihi


Aku dengan anak buah aku ni orang pertama sampai atas dulu. Haha teror kan dia? Kecik kecik dah kuat tak penat pun hahaha. Terbaik ah. Sementara tunggu yang lelain sampai. Berselfie sikit, sikit je satu je tak banyak. Kahkahkah

Lepas semua dah sampai. Terus gerak ke van. Pak supir macam biasa jalanan tugas, dah siap tunggu dah. Kiteorang nak mandi and terus bersiap dekat kedai untuk kiteorang makan petang. 


Dah mandi, dah tukar baju apa semua. Terus makan petang. Gila tak makan, lapar siot. Macam biasa, makanan pedas pedas. Tapi kali ni aku boleh makan sebab kurang sikit pedas and sedap ada pop corn ayam. Wuuuuu. Ni dia makanannya aku share dekat korang.


Tea panas ni tawar tak ada gula. So korang kena letak gula sendiri. Banyak mana yang korang nak. Satu balang pun boleh hahaha 


Ni nama dia Nasi campur. Tak tahu apa yang campurnya. Haha tapi mungkin sebab lauk dia kot berlainan. Sebab tu panggil campur. Maybe okay aku pun tak pasti. 


Haa ni special sikit menu dia. Satay ikan. Satay ni diperbuat daripada Isi ikan tuna (ikan air tawar). Aku pun hairan ingat ikan tuna yang dekat dalam laut tu. Haha tapi rupanya bukan. Sedap tapi aku cuma makan secucuk ja, secucuk lagi bagi dekat orang. Bukan tak sedap, tapi cuma tak lalu. Tengkak aku masih tak dapat terima makanan yang pelik pelik sikit. Lagi satu aku nak bagitahu, kuah satay ni pedas tau. Jangan main cicah ja macam korang cicah satay kuah kacang dekat Malaysia tu. Memang tak sama. Kihkih 

Selepas semua dah kenyang. Kiteorang dah start gerak untuk balik ke hotel. Masa perjalanan dari tempat makan ni dalam 2 jam 30 minit. Tapi tak jangka jugak, kekadang awal kekadang lambat kata pak supir. Eh eh. 

Haa macam aku cakap tadi. Korang nak tahu hotel apa kan. So jom aku nak cerita ni. Hotel Killa, hotel yang terakhir untuk 3 malam aku dekat situ. Aktiviti seterusnya semua berdekatan ja dengan hotel. Boleh tahan jugak tapi boleh lah. Jimat masa sikit sebab kiteorang akan ke satu Pulau untuk bersnorkling. 

2-3 jam lebih jugak lah nak sampai sini macam yang aku bagitahu tadi. Memang lama dari air terjun tadi. Jalan dia berbukit so tak boleh drive lelaju.

Sempat lagi masa perjalanan, kiteorang ajak pak supir berhentikan van untuk snapkan memori kiteorang dekat sawah padi diorang. Padi diorang special sikit sebab tanpa air. Padi kering macam tu. Tak ada air tapi tetap tumbuh dengan baik dan subur. 



Dah sampai area Senggigi kiteorang semua lapar. Terus nak makan malam. Tapi malam ni kiteorang semua nak try makan Bakso. Hihi 




Bakso Tenes Urat H. Rohani ni tepi jalan ja. Depan dengan The Villa hotel and spa.

 

Serious cakap, Bakso ni superbeb wei. Kena pulak time lapar kan. Memang berselera lah kan. Hihi sampai aku makan dua mangkuk tak cukup. Eh eh. 

Perut dah kenyang, semua dah letih. Lepas makan makan terus kiteorang check in hotel. Hotel untuk 3 hari 2 malam kiteorang kali ni adalah Kila Senggigi Beach, Lombok.



Gerbang untuk penumpang turun dari kereta ataupun van.



Kaunter reception untuk pelancong daftar masuk ke bilik.


Katil ni single dua. Tapi aku combine jadikan satu. Boleh kalau korang nak gabung. Kalau tak nak tak payah lah. Tidur sorang sorang hahaha.


Almari baju.



Keadaan kawasan rehat dekat luar bilik. Yang nak ambil angin tu boleh lah duduk sini lepak lepak, sembang sembang. Nyamuk tu ada lah sikit. Biasalah kan. Tipu lah korang kalau dekat rumah korang tak ada nyamuk, huhuhu.



Keadaan tandas dalam bilik aku. Perfect. Dengan pintu glass, dapat sabun, shampoo, and act. Thanks.

Yang best sekali suasana hotel ni macam homestay sikit. Macam rumah kampung. Ala ala kayu gituw tapi nampak moden.

Hotel ni memang cantik. Best sesangat. Kalau korang datang Senggigi. Stay lah dekat Hotel ni. Memang akan puas hati. First yang aku buat bila masuk bilik adalah nak tengok bilik mandi. Haha yes, penting untuk aku. Entah tak tahu kenapa. Tapi aku tak risau dah sebab semuanya cantik and terbaikkk.

Okay lah gaiss, aku pun dah penat dah ni. Nak mandi, nak rest. Esok aku sambung lagi untuk Hari Empat aku berada disini dan aktiviti yang aku buat. 

Keep waiting for new entry from me. 
Goodnight everyone. Sweet dream.


Bersambung .....











































2 comments: