Sunday, March 6, 2016

HARI KEEMPAT DI LOMBOK, INDONESIA

Day 4:

Hai... first thing yang aku buat bila bangun tidur. Macam biasalah, keluar untuk breakfast. Harini breakfast dekat hotel awal sebab akan pergi ke Gili Nanggu, Gili Mangan, dan Gili Sudak. Untuk aktiviti bersnorkling.










Lepas breakfast. Keluar dari restaurant ada tengok orang jual kraftangan. Handmade okay. Cantik. Nak beli, mahal pulak. Hahaha



Cantik kan kraftangan yang dia buat. Teringat pulak kerja khursus kemahiran hidup aku dulu waktu form 5. Haha saja nak bagaitahu yang aku pun berbakat juga. Dapat A tau. Jangan memain. Hihi



Sementara nak tunggu van datang amik. Selfie lah dulu kejap, buat kenangan abadi untuk diri sendiri. Cehh haha ada pulak orang Putih tegur aku berselfie hehe. Dia nak join lettuw.

Bila van dah datang, semua dah naik. Terus bergerak. Perjalanan kiteorang selama 2 jam lebih nak ke jetty daripada hotel. Lama kan? Hm sebab tu lah kiteorang kena keluar awal pagi. Fuhhhh.


Masa ontheway, ada abang bagi makan kaki ayam goreng. Haha kau tanya aku sedap ke tak? Haaa boleh lah tahan. Kuku ayam tak potong and ada bulu. Siapa boleh makan, makan lah. Yang tak boleh, tengok jelah. Haha aku rasa lah jugak sikit tapi buang dulu kuku dengan bulu. Gila kau nak makan benda tu, memang tak lah.



Tak sabar nak sampai ke jetty, akhirnya sampai sudah dekat sini. Jetty ni nama dia jetty sekotong. 




Dalam 10 minit tunggu boat ready nak bertolak pergi. Gili yang pertama, kiteorang akan pergi Gili Nanggu. Nak sampai ke Pulau mengambil masa dalam 15 minit macam tu. Boatnya bukan laju sangat. Slow ja sebab boat kecik. Best smooth ja dia jalan. 


Feeling feeling titanic pulak aku ni atas boat. Haha well bukan selalu boleh macam ni kan.


Sementara nak sampai tu, prepare siap siap dulu untuk makanan ikan. Aku letak dalam botol roti kosong ja. And makesure kepala botol tu ditebuk lubang. Nanti senang, and pemandu boat akan tunjuk macam mana cara nak bagi ikan makan. Senang je.






Yeah kiteorang dah sampai ke Pulau ni. Gili Nanggu. Orang tak ramai sangat. Tapi ada jugak orang orang luar. So korang boleh lah Snorkling dekat area mana yang korang nak. Aktiviti Snorkling bebas.


Satu lagi aku nak bagitahu, masuk Pulau ni kena bayar Rp 5000 seorang. Alah dalam RM 1.60 ja duit Malaysia. Murah je tak mahal. Nampak ja 5000 rupiah tu macam mahal. Haha



Pakaian yang wajib untuk Snorkling. Salah satu tak ada, rasa tak best and tak perfect lah. Senang cite semua wajib ada.


Sebelum tu adalah sikit sesi panaskan badan. Eleh action je tu, tapi tak pun. Haha termasuklah aku ni haa. Kihkihkih


Masuk ja dalam air, air dia memang perfect sangat. Jernih sampai ke dasar. Boleh nampak semua apa yang ada. Tak kotor pun. Seriously.






Ikan dekat Gili Nanggu ni besar besar, tapi coral dia tak banyak sangat. Ada tapi sikit lah jugak. Ikan ikan dia semua comel comel. Rasa nak tangkap ja. Ikan nemo aku tak jumpaaa pun hm sedih.

Selepas mandi kiteorang take lunch. Ibu kepada intan (pemandu pelancong) kiteorang dah sediakan makanan tenggahhari. Jadi kiteorang hanya makan dekat Pulau ja. 

Lepas makan, kiteorang dibawa oleh driver boat untuk ke penetasan telur dan pembiakkan anak penyu dekat Gili Nanggu ni. Jalan kaki tak sampai 5 minit pun. Dekat ja dengan air pantai. 


Selepas cukup 6 bulan, semua anak penyu ni akan dilepaskan oleh orang orang ternama di Indonesia sahaja. Atau majlis majlis rasmi. 


Bila selesai first activiti dekat Gili Nanggu kiteorang naik boat semula ke Gili yang seterusnya ialah Gili Mangan.

Gili Mangan ni dasar permukaan air dia banyak dengan spesis tapak sulaiman, orang sini panggil bintang laut. Banyak wei memang banyak. Cantik cantik. Boleh ambil tapi kiteorang tak ambil sebab nanti kena tangkap pulak bila bawa balik naik flight. So tak nak jadi benda yang bukan bukan better tak payah la ambil. Tengok and pegang pun dah cukup okay.



Bintang laut ni bila dalam air dia akan jadi lembut tapi bila naikkan ke darat automatik dia akan jadi keras. Yelah benda hidup kan. Bukannya perhiassan. 




Haha banyak aku naikkan bintang laut ni atas boat. Memang pengalaman yang tak dapat aku lupakan masa pegang bintang laut ni lah. Punya excited wei. Dekat Malaysia orang cakap kalau pegang, tangan akan gatal gatal. Tapi yang paling istimewanya dekat sini tak gatal pun. Cantik semua, colorful. Best lagi adalah bila pegang. Hehe 

After dah puas main dengan bintang laut tu. Teruskan perjalanan ke gili yang terakhir Gili Sudak. 

Apa yang special dekat Gili Sudak ni adalah coral dia. Kau boleh tengok coral dia besar besar and cantik cantik. Tak sama dengan yang first Gili yang aku pergi tadi. Ni lain sikit. Betul betul kedudukkan dia dekat Pulau tengah Pulau. 


Pulau kecil yang ada di tengah pulau. Macam mana tu? Haa sebab tu korang kena datang sendiri, tengok sendiri dengan mata sendiri. Baru tau macam mana. Hihi






Puas tengok ikan dengan coral. Masa pun dah nak lewat petang. So we decide nak balik. Sebab nak pergi urut badan. Takut spa tutup pulak kalau sampai area Senggigi lambat.




Dalam perjalanan balik boat ke jetty yang kiteorang naik tadi. Tak sedar pulak siapa yang snap gambar ni. Haha tersweet pulak dengan kak huda ni. Aceh. Bukan sweet tapi masing masing penat kan. Hehe

15 minit untuk sampai jetty, macam biasa pak supir dah tunggu dah dekat van nya. So kiteorang mandi dulu dekat jetty untuk hilangkan bau badan dengan air masin and untuk tukar baju yang basah. Bersiap dalam 30 minit then kiteorang bertolak balik. 

Bila dah sampai tempat urut atau spa. Tapi orang ramai pulak. Kena tunggu. So malas nak tunggu, kiteorang tak jadi lah nak manjakan badan harini. Redho jelah nak buat macam mana kan? Dah orang ramai. 

Masa perjalanan balik kiteorang ada nampak orang jual ikan bakar. Besar besar pulak tu. So teringin lah nak makan. Suruh pak supir berhentikan van terus turun beli. Ikan yang dibakar adalah Ikan Kerapu dengan Ikan Merah. 


Dia cuma masak berfocuskan dekat badan sahaja. Kepala dengan ekor memang tak akan masak. Kalau korang makan memang mentah lah. Kalau korang selera tak pe, kalau tak mohon jangan cuba nak makan. Kang nanti muntah pulak. Haha 

Dah siap dibakar Ikan tu, kiteorang beli bungkus dan bawa balik hotel baru makan untuk dinner kiteorang malam ni.



Dalam perjalanan jugak lah kiteorang berhenti dekat area Senggigi ni untuk tengok cenderahati and makanan yang boleh dibeli untuk dijadikan sourvenir balik nanti. 

Kedai Kelambi Lombok ni dia jual baju baju and keychain. 

Kedai UD. Amelia pulak dia hanya jual Tenten, kacang kacang, dan dodol pelbagai perisa. 

Tapi Intan tak bagi beli dekat kedai ni. Especially dekat kedai yang jual baju. Dia cakap mahal sikit. So nak murah dia akan bawa ke kedai yang lebih murah lepas ni. Cuci cuci mata kejap boleh lah dekat kedai ni. Beli tu tak kot. Harga pun mahal sangat. Hahaa






Ni haa kedai yang aku cakap murah tu. Nama dia Gandrung Lombok. Dekat ja dengan kedai aku singgah tadi tu. Satu jalan je. 

Kedai ni dua tingkat tau. Gila kau punya besar, ingat biasa biasa ja haa. Memang murah. Ada yang beli 4 percuma 1. So aku beli 4 helai baju dapat 1 helai percuma. Happynya wei haha.


Ni lagi satu sebelum aku terlupa, kedai ni akan lekat kan sticker macam ni dekat baju korang. Tapi aku cabut letak dekat lengan. Haha saja je, biarlah nak letak mana pun. 



Buy 4 Free 1. Dan aku tambah satu baju lagi Harga Rp 18000. Semua sekali Rp 170000. Bersamaan duit Malaysia hanya aku habis dalam RM 55 saja. Murah kan? Murah kalau nak dibandingkan dengan kedai yang first aku singgah tadi. Dekat situ satu baju pun dah Rp 80000. Baru satu baju belum lagi dua tiga empat helai. Fikirlah eh yang mana paling the best and korang akan dapat murah. Duit korang so suka hati korang lah nak beli mahal ke murah ke. Aku cuma bagitahu ja apa yang aku tahu. That's it.

Lepas ja shopping sikit. Terus ontheway balik hotel. Penat wei sumpah penat. Tapi sebelum tu kena dinner dulu sebab kiteorang belum dinner lagi. 

Masuk ja bilik terus mandi and bersiap. Kiteorang dinner dekat bilik ja. Apa yang kiteorang beli tadi. Ikan bakar tu. And yang special malam ni keluarga dari pemandu pelancong kiteorang bawa adalah Sate Kambing, and Goreng Pisang Lombok.



Perghh! memang sedap aku cakap kau. Ikan tu fresh. Sate tu pulak kuah dia sedap and daging dia pun lembut. Tak puas makan, rasa nak makan banyak ja. Tapi ramai so makan sikit jelah. Hahaha eh eh.

Lepas ja makan. Borak punya borak. Jam pun dah lewat malam, pukul 11 dah. Aku pun dah mengantuk. Esok nak keluar awal pagi lagi. Banyak lagi aktiviti dekat sini nak kena buat. 

Jumpa korang pada esok hari di entry Hari Kelima ya semua. XOXO byebye.






Bersambung ......



















































2 comments: