Friday, May 6, 2016

BERHUJUNG MINGGU DI PADANG BESAR, PERLIS

Hello #HYFC. Okay entry kali ni aku nak story sikit pasal short vacay aku minggu lepas, bukan vacay lah lebih kurang macam jalan jalan waktu minggu. Haa macam tu. Tapi masa kiteorang pergi ni pada Hari Pekerja tau. Hehe aku pun ingat mesti semua tutup, tapi tidak. Seminggu plan, jadi jugak. Hahahaha sebenarnya trips aku kali ni nak pergi Padang Besar, Perlis.

Gentle aku bagitau, aku last datang sana masa aku form 3 dulu. Hahaha lama gila kan? Tapi yang aku hairan, sampai sekarang tak berubah pun sekarang still sama macam dulu cuma banyak lagi lah orang yang menjual. Okay aku bukan nak story pasal tu, sini aku nak story pasal seharian aku pergi sana dan buat apa.

Basically orang ingat pergi sana, makcik2 pakcik2 ja boleh. Yelah sebab sana banyak barang2 dapur, hantaran, barang rumah. Haha kita ni yang remaja ni, nak pergi sana buat apa kan? Haaa okay mai sini baca sampai habis kalau nak tau apa yang aku buat dekat sana.

Awal awal pagi ayah dah hantar ke Station Keretapi Tasek Gelugor. Kau tahu tak, dari Jawi nak ke station ni dekat Sejam lebih dari rumah aku. Bukan apa sebab senang nak pergi Padang besar kalau naik dari Tasek Gelugor. *ayah yang cakap and harga pun murah*

Tapi boleh je kalau nak naik train dari rumah aku punya station. Bila sampai Butterworth punya stesen dah kena tukar naik train yang lain. Payah kan? So sebab tu lah aku malas nak tukar tukar train bagai semua ni. Buat lecey ja. Hehehe baik mudah, cepat dan senang. Tak payah pening2 kepala dah. Kihkih

Setelah sejam lebih perjalanan, akhirnya sampai jugak dekat station keretapi Tasek Gelugor ni. Huhu


Dah sampai terus beratur dekat kaunter untuk beli ticket. Jangan lupa beli ticket pergi dan balik siap siap. Mudah dan jadual perjalanan korang pun akan lebih teratur sikit. Tak yah kalut2 dah bila dekat sana nanti.


Pergi RM10.40
Balik RM10.40

Total = RM20.80

Masa aku pergi ni, aku naik train tambahan. Fuhh ramai jugak kan yang pergi Padang Besar ni. Ingat aku sorang je kahkahkah




Haaa onthespot tau beli tiket ni. Sesetengah orang seminggu lagi nak pi, beli awal awal kan. Tapi aku tak, sebab aku dah tau ticket always ada kalau nak ke Padang Besar. Hehe *ayah yang tolong* 

Sebelum pergi tu, buat la sikit research pasal Pasang Besar tu. Kalau orang yang selalu dah biasa pergi tu, takpe lah. Tapi kalau yang baru pertama kali pergi, memang aku sarankan korang buat research lah. Takut tak pasal pasal nanti sesat. Hahaha


Kalau dari station Tasek Gelugor ni. Ambik platform no 2. Betul betul tengah tengah landasan. Alah guard ada, nanti dia bagitahu lah. Don't worry babehh. Haha


Bila mereput nak menunggu train datang, apa lagi kalau tak tangkap gambar. Hahahahaha wajib ok wajib.

Train kami pukul 9:50 pagi. Kami sampai pukul 9:30 pagi. Pergh! Tepat kan? Yeah okay bangga kejap. Tak payah lah nak tunggu lelama dekat station. Nanti sampai sana pun cepat hikhikhik



About 15 minutes tunggu train. Kami pun naik lah train. Hihi train pendek ja, sebab train tambahan kan. Gerabak dia ada 3 ja. Tak banyak. Tapi seat siapa cepat dia dapat. Haha so tak payah lah feefeeling nak slow slow and rasa ada seat khas untuk korang. Haha memang hang kena berdiri lah sampai sana. So cepat2 duduk eh bila dah masuk dalam train.

Masa perjalanan boleh lah korang tengok luar train. Dari korang bosan tengok muka orang depan korang. Haha aku tengok hang, hang tengok aku. Haa hambek hang. Haha okay permandangan luar memang cantik. Ada sawah padi haaa. Hihi aku dah la lama tak tengok sawah padi. Hahaha okay memang jakun kejap dalam train. But I really don't care. Hakhak Peace yow!!!


1 jam 45 minit dalam train, masanya sudah tiba. Aku sampai dah Padang Besar, Perlis. Wowwww! Excited tu datang tempat orang. Selalu kalau jalan jalan ni, pergi dengan family ja. Tapi sekarang aku habiskan masa jalan jalan dengan kawan baik aku sorang ni ja. Family aku pun tak lah risau sangat kalau berteman. Hehe 


Hello Perlis !!!! 





Okay masa korang turun dari train tu. Korang kena naik jejantas untuk sampai ke pusat emegresen. Dekat ja, Seberang macam tu. Sebab dekat situ ja jalan pintas untuk korang jalan kaki pergi Komplek membeli belah bebas cukai tu. Jalan kaki dalam 3-5 minit. Betul aku cakap, memang dekat. So jangan risau. 

Lagipun orang ramai naik train, jadi korang tak perlu takut sesat. Just follow ja makcik2 pakcik2 kakak2 abang2 yang jalan kaki jugak tu. Hahaha buat muka kering sikit, kalau tak sampai kesudah korang tak tau jalan. Alah berdikari lah sikit. Sebab tu lah aku suruh buat research, jangan malas malas. 


Masa korang tengah jalan nak sampai ke Komplek 2 tingkat tu, korang akan jumpa la rumah2 kedai. Jual banyak barang jugak. Tapi taste orang2 tua la. Bukan taste remaja macam kita ni. Wei cakap dengan aku siapa nak beli periuk? Tilam semua tu? Kau? Memang tak lah kan. Haha 

Ni Kedai Citralada Enterprise. Dia jual tilam, toto, karpet, dll. Mama aku cakap sini murah, tapi entah lah aku tak tengok pulak. Aku terus jalan je, sebab tak nak buang masa. Hehe


Yeayy finally dah sampai. Wuuu okay jomm masuk kita tengok apa yang ada dekat dalam ni.





Masuk2 ja dalam ni, rambang terus mata aku wei. Ya Allah, dunia shopping yang paling murah sekali. Hahaha *unoriginal*


- Jam Tangan.


- Kerongsang, Pin tudung.


- Tempat shisha pun ada jual HAHA


- Kerepek, Asam buah, Jeruk, Dan Makanan ringan pun ada.


- Tudung pun ada jual, macam macam jenama pun ada. Pilih je. Hehe


Tak lupa jugak, barang permainanan kanak kanak. Budak budak suka lah benda ni. Lagipun murah.

Yang ni barang2 yang banyak lah dekat sini yang aku nampak. Selebihnya jual baju.

Dekat sini ada jual kerongsang, alat mainan budak budak, jam tangan, jersey bola, baju kameja, t-shirt, seluar, produk kosmetik dan banyak lagi lah. Yang paling famous makanan asam2 dia, buah pelam dengan nenas. Memang superbeb!!!

Perut pun rasa lapar. Memang dah masuk waktu tenggahhari dah. Take lunch dulu.


Lunch aku makan pedal ayam, ikan goreng merah and air kelapa muda.

Masa aku nak lunch ni. Tempat memang full. Kedai penuh dengan orang. Nasiblah makcik kedai ni baik hati, tolong aku carikan tempat duduk. Kalau tak, tunggu jelah orang sudah makan. Perut dah la lapar.

Nasi campur: RM 6.50
Air Kelapa muda: RM 2.00



Okay lepas ja makan terus round, cari apa yang ada.



Masa ronda2 tu, jumpa lah satu kedai ni yang jual jersey bola je. Banyak. Cantik cantik pulak tu. Tapi bukan original lah. Kalau nak original tak payah lah datang Padang Besar. Huhu




Dekat signboard ni, eh bukan signboard. Alah tempat huruf2 besar ni. Orang panggil apa aku tak tau. Haha dekat sini wajib kalau dah sampai kena tangkap gambar. Kalau tak, korang tak ada bukti yang korang dah sampai Padang Besar. Haaa gitu hahahaha 




Duduk lepak dekat huruf2 ni pun aku makan jugak. Dengan musim panas lagi, mesti lah dahaga. Aku pun beli lah Air milo dengan nugget ni.

Yang aku tak percaya, air ni bekas dia bapak besar tapi murah. Aku ingatkan RM 5 dah satu bekas. Fuh masih lagi tak percaya hahaha

Air milo: RM 1.00
Nugget: RM 4.00 ( RM 1.00 setiap satu)



Masa jalan jalan tu, teringin gila nak makan asam jawa gula ni. Ahhhh sedappp!!! So belilah sebungkus.

Asam jawa: RM 10.00 (sebungkus)



Jalan punya jalan, sampai lah dekat kedai ni berkenan pulak dihati bila tengok baju baju dia jual. Aduhh tak kuat. Rasa nak beli ja semua yang ada haha

So pilih lah salah satu baju yang smart and nampak matured sikit. Hihi aku beli sehelai baju t-shirt dekat kedai ni.



Dah penat shopping apa semua ni, rehat duduk bawah pokok dulu sambil minum air kepala. 3 kali dah minum air ni. HAHAHAHA cuaca sangat panas dekat sini okay. Memang akan dahaga terukkkk. Aku pulak lupa nak bawa air masak. Nak beli malas. Kihkih air ni mahal sikit tapi bekas dah la kecik hmmm hmmm takpe lah. Beli jelah.

Air Kelapa muda: RM 2.00


Masa pun tak mengizinkan untuk aku. Dah petang dah. So kiteorang decided untuk balik dah. Train kiteorang pukul 5.30 pm. 

Sebenarnya train balik pukul berapa pun tak apa. Last train pukul 8.40 malam. Tapi tak kan nak balik malam kan. Nanti nak balik rumah lagi dah pukul berapa. So that's why la balik petang. Senang. 




Dalam perjalanan balik jalan kaki tu, kami berhenti dekat bulatan pejabat emegresen tu. Untuk snap sebanyak mana yang boleh snap gambar dekat situ. Bila lagi nak datang kan, so jangan lepaskan peluang yang ada hahaha



Abadikan setiap perjalanan kami dengan gambar.


Inilah pintu masuk emegresen tu. Jalan untuk balik semula ke station keretapi masa kami mula mula datang tadi.



Ni masa atas jejantas nak ke stesen keretapi.


Dalam 30 minit ja kami tunggu, then train yang pukul 5:30 pm tu sampai. Jalan sepantas kilat sebab nak cari seat. Tak nak berdiri wei, patah kaki nanti hahaha dah la jauh. So alert okay waktu pergi dan balik ni? Macam aku cakap tadi, siapa cepat dia dapat. Seat terhad ja tau. Sebab tak banyak gerabak. Ni bukan keretapi panjang2 tu. Haha pendek je.


Masa on the way balik tu. Boleh la lagi tengok luar cermin tingkap. Bukan nampak apa apa pun, dari datang sampai balik tengok sawah padi je. Kahkahkah tenang ja kan. Elelelele

About 1 jam 45 minit. Kami pun sampai ke stesen Tasek Gelugor. Macam biasa, sebelum balik tadi call ayah dulu. Sementara nak sampai dia boleh ontheway dari rumah. Hehe 


Sabun Susu Beras (Collegen). Actually aku beli ni untuk bagi dekat mama aku. Dia nak. Aku beli dua bundle. 

Kalau korang nak beli yang ni, korang pergi kedai kosmetik dan mintak kurang tau. Kalau satu bundle dia jual belas belas ringgit tu, aku pesan korang jangan beli. Sebab ada certain kedai lain lagi yang jual lebih lagi murah. Boleh dapat satu bundle RM 11.00 je. Tapi aku dapat masa ni satu bundle RM 12.00.

RM 24.00


Putih Telur (Mask). Saja nak try beli sebab haritu ada tengok YouTube ada orang Thailand review produk ni. Macam elok, so belilah nak cuba pakai macam mana.

RM 7.00 (satu botol)


Haha okay nak gelak sat. Hahaha actually beli span ni sebab nak touchup muka dengan cream. Senang sikit tak payah pakai tangan dah lepas ni. Hikhik

RM 4.00 ( setiap satu)


Haaa ni lah nenas yang aku cakap tu. Dah la kecik, manis pulak tu. Perghhh! Memang sedap ah wei. Masa beli ni dapat pulak asam cicah dia. Aduh okay tak tahan nak makan.

RM 10.00 (empat biji)

*nenas ni tak jual dalam kilo (timbang). dia jual ikut biji. selalunya 4 biji diorang jual untuk RM 10.00. tak kisah kalau nenas tu besar ke kecik ke. harga tetap sama.


Okay ni baju t-shirt adidas yang aku berkenan di hati tadi tu. Color grey, campur merah dengan putih.

Harga Asal: RM 38.00

Tapi aku mintak kurang. Dapat harga RM 25.00 sahaja. Murah kan? So siapa nak pergi sini tu, mulut tu kena ringan sikit untuk mintak kurang. Diorang akan bagi jangan risau, kalau tak bagi korang bodek je ayat manis manis sikit hehehe

Keseluruhan budget duit yang aku habis dekat sini.

Tiket train (return): RM 20.80
Makan Tengahhari: RM 8.50
Makan Petang: RM 7
Barangan peribadi / Sourvenir: RM 60
Asam / Jeruk: RM 10
Buah Nenas: RM 10

Total = RM 116.30 

See tak sampai pun RM 200 pergi sana. Pengalaman dapat, kenangan pun dapat. Cuti nanti aku ingat nanti nak datang lagi dekat sini. Hehe in sha Allah. 

Haa okay lah itu saja trip aku bercuti untuk kali ni. Terima kasih bagi yang sudi membaca entry kali ini. Jumpa lagi pada trips yang akan datang.


JANGAN LUPA FOLLOW DAN KOMEN DIRUANGAN BAWAH. TERIMA KASIH




Assalamualaikum....bye....

2 comments: