Tuesday, September 20, 2016

DINNER DI OWLERY DINE AND GRILL

Hai assalamualaikum....

Siapa sini peminat makanan western? Angkat tangan? Haaa meh sini aku nak bagitau dekat korang pasal satu kedai makan ni. Yang penting sedap, harga pun berpatutan. Mesti korang rasa berbaloi bila makan dekat sini. Nak tau kedai apa? Meh lah baca sampai habis entry kali ni. 


Haa ni aku nak buat satu review sikit pasal kedai makan Owlery Cafe ni. Kedai ni hari hari orang ramai beb. Kalau nak mudah, terus call buat reservation ja senang. Datang and terus duduk. Tak payah duduk luar kedai and tunggu orang lain siap makan. Gituu haha 


Macam aku cakap tadi, kalau korang reserved senang lah. Datang je terus duduk and orderrrr ! 


Owlery cafe ni jugak ada sediakan pencuci mulut macam cake, cupcake and banyak lagi. So korang tak payah risau kalau korang nak ada pencuci mulut selepas korang makan.


Vanilla Machiato (iced) = RM 12.00


Hot Chocolate = RM 10.00


Oreo Chocolate Milkshake = RM 12.00


Grilled Lamb Company = RM 38.00


Spicy Seafood Pescatora = RM 28.00


Crispy Crab Burger = RM 25.00


Spicy Chicken Wing = RM 18.00


Okay ini lah makanan yang aku order dekat Owlery cafe ni. Hehehe sedap kan? Kalau boleh semua dalam menu tu aku nak order hahaha nak mencuba kan apa salahnya .. Hehe

KOMEN PASAL MAKANAN

Vanilla Machiato iced:
Air ni rasa pahit sikit tapi kalau letak gula sikit lagi mesti lagi kaw sedapnya. Aku tak tau lah kalau air ni memang rasa macam ni. Lebih kurang macam cappuccino lah rasanya. Pahit pahit manis macam tu hehe. Bagi aku sedang je sebab aku bukan peminat coffee so 3/5 bintang.

Hot Chocolate:
Air ni pulak. Yang paling aku suka corak dia creamy atas tu. Cantik. Air ni sedap. Rasa kaw tu sampai. Chocolate kan mesti lah sedap. Chocolate mana yang tak sedap kan? Bagi aku sedap 4/5 bintang.

Oreo Chocolate Milkshake:
Haa air ni special sikit. Kebanyakkan orang datang kedai ni semua akan ambil air milkshake ni. Ada pelbagai perisa korang boleh pilih. Strawberry lah, vanilla lah, chocolate lah, tu lah ini lah. Senang cakap, memang banyak. Haha so bagi aku 5/5 bintang.

Grilled Lamb Company:
Yang makanan ni pulak, aku recommended korang untuk mencuba. Rasa dia memang perghhh! Sedap siot. Dalam satu set hidangan akan dapat separuh jagung, salad, and mashed potato. Dia punya sos black paper tu yang mengancam sangat. Rasa lain dari yang lain. Daging pun masak dengan baik. Tak terlalu masak sangat. Daging kalau terlampau masak sangat pun tak sedap jugak, kan. So bagi aku 5/5 bintang.

Spicy Seafood Pescatora:
Yang ini macam spaghetti jugak. Bukan spaghetti lah, tapi macam pasta pun ada. Entah aku pun tak tahu apa dia. Haha senang aku panggil, mee sanggul. Hahahaha rasa dia sedap, and seafood kan. Of course dalam ni dia ada letak Mussels, Udang, Sotong. Yang ini pun aku recommended untuk korang mencuba jugak. Aku bagi 4/5 bintang.

Spicy Crab Burger:
Burger ni color hitam, sedap. Roti burger ni ada bijan. Hehe nyummm... Yang sedapnya ketam tu, memang rapuh bila kita makan. Tambah pulak dengan sos tambahan iaitu honey mustard. Fuhh sangat menyelerakan. Aku recommend untuk korang mencuba makan ni. Aku bagi 5/5 bintang. Memang sedap!!

Spicy Chicken Wing:
Disebabkan spicy chicken wings ni sangat pedas. Aku cuma makan 2 ketul sahaja. Hahaha sebab aku tak suka makan pedas sangat. Sikit boleh lah, kalau banyak tu memang tak boleh telan dah lah. Haha apa apa pun spicy chicken wing ni pun sedap. Aku bagi 4/5 bintang.

So disini aku nak bagitahu korang, bila nak datang sini hanya Waze: Owlery Cafe. Nanti keluar lah and terus tekan "GO". Make sure buat reserved dulu eh? Hikhik. Takut dah sampai kedai nanti, penuh tak ada tempat duduk pulak. Kang dah kena balik or pergi kedai lain hahaha...


Ini lah Sub total. aku semua yang aku makan. Banyak wei aku makan, tapi harganya ni sangat berpatutan. Tak menyesal datang. Yang penting haruslah sedapppppp !!! 


Terima kasih Owlery Dine & Griled 👍🏻 

Saturday, August 27, 2016

PENGALAMAN PERTAMA DI REDCARPET DAN SNOWALK I-CITY, SHAH ALAM

Hai assalamualaikum pembaca semua. Haaa kalini aku nak cerita sikit pengalaman aku ke I-city yang terletak di Shah Alam. Actually ni pun salah satu bukan yang aku plan. Plannya nak pergi makan malam ja. Tak pasal pasal terbawa diri ke sini. Hahaha 




Masa aku datang sini lebih kurang pukul 10 malam. Orang tak ramai sangat disebabkan bukan malam minggu. Hari biasa kan, biasalah orang duduk rumah esok kerja. Kah! tapi bagi aku orang tak ramai lah lagi best. Tak ade lah nak bertolak, menyempit, beratur panjang apa semua kan? So masa aku datang ni memang waktu yang paling the best. Hehehe

First of all, waktu sampai sini. First thing yang aku nak masuk adalah Red Carpet and Snowalk. Dah kali ke berapa entah aku pun tak ingat datang ke I-city ni, memang tak pernah jejak kaki lagi nak masuk ke dalam dua dua permainan ni. Bukan permainan lah, tapi tempat tempat riadah jugak lah. Arghhhhh! whatever lah yang penting aku dapat masuk sini. Lagipun lagi beberapa minggu ja lagi aku stay dekat Kuala Lumpur ni. Hmmm so sad. Pejam celik pejam celik, dah 3 tahun dah aku dekat KL ni. Belajar pun dah nak habis dah. Harap bukan yang terakhir lah aku datang ke sini.

Haa dari aku borak panjang lagi, meh sini aku nak cerita pengalaman pertama aku dekat Red Carpet and Snowalk I-City Shah Alam.



Ini pintu masuk utama ke Red Carpet. I'm so excited wei nak masuk dalam ni. Firstly, masuk dalam ni kena beli ticket dulu. Bukan ticket sebenarnya tapi points dalam kad i-city. Korang boleh beli kad tersebut dekat kaunter kaunter yang buka. Satu kad tu berharga RM10 and dalam kad tu ada free 8 points. 

Kalau korang nak masuk mana mana permainan dekat I-city ni. Just go topup ja points dalam kad tersebut. Kad tu akan jadi milik korang tau? Bila korang datang lagi just topup ja tak payah beli kad I-city lagi. Senang dan mudah! Macam touchNgo. Hikhik

Ticket masuk for adult (warganegara):
RM 35 seorang.



Taraaaaaaaa! Aku dah pun masuk dalam ni. Ahhhh tak sabar wei nak tengok banyak mana patung-patung lilin yang merupai artist-artist dalam negara mahupun luar negara yang terkenal dalam ni. Korang boleh tengok gambar yang aku letak dekat bawah ni ya? Jumlah patung lilin dalam ni lebih kurang 100 lebih. Enjoy!




































Okay rehat kejap ..........


Sambung balik ...........







Haaa okay ni tandas paling seram yang ada dalam ni.


Bila korang masuk dalam tandas ni. Automatically akan ada suara perempuan menjerit. Hahaha first aku masuk memang cuak! Dua kali masuk seronok pun ada. Haha









































Okay habis dah round dalam Red Carpet ni. Fuhh banyak kan patung lilin ni? Haish letih letih. So masa untuk keluar dari sini. Yeah let's go!


Sebelum pintu keluar. Ada kedai cenderamata. Kalau korang rasa nak beli Keychain ke, Baju ke or something like that. Boleh lah beli. Tapi aku tak beli pun. Bukan penting sangat hahaha


Okay lah, penat tak hilang waktu masuk dalam Red Carpet ni. Masa untuk aku masuk Snowalk pulak. Kena kejar masa sebab waktu dah lewat, takut tutup. Hikhik


Ticket masuk Snowalk ni sama ja macam Red Carpet tu. 

Untuk warganegara:
RM 35 seorang (adult)

Kalau warga tua and kanak-kanak, harga akan jadi murah sikit okay? 



Sebelum masuk, kita kena ambil jacket dulu. Gila kau nak masuk dalam ni dengan baju nipis berlenggan pendek? Kau rasa? Haha 

Jacket pun dah pakai. So jom masuk dalam ni kita terjahhhhhh!!! 




















Apa yang boleh aku cakap dekat sini ialah "MEMANG SEJUK GILA" macam dekat oversea hahaha. Aku sendiri tak tahan masuk dalam ni. Muka pun naik cekang terus. Haish


So round dalam ni pun dah puas. Haa actually yang mana tak tahan sejuk tu, boleh keluar sekejap lepas tu boleh masuk semula tau? Best kan? Korang duduk la dalam ni main ais sampai lebam hahaha aku cuma satu round ja dalam ni. Malas nak masuk lama lama. Haha

Habis dah pengalaman aku ke Red Carpet and Snowalk I-City Shah Alam ni. Pengalaman kali pertama yang sangat superbest gila! Yela pertama kali masuk kot, tak kan tak best pulak kan? 

Total aku habis dekat sini cuma:
1. Red Carpet: RM 35
2. Snowalk:      RM 35
             +    __________
                        RM 70

Memang sangat best lah masuk dalam ni. Yang mana nak jalan jalan mengisi masa lapang tu boleh lah ke sini. Tak rugi pun kalau nak cari pengalaman, bukan selalu kan 👍🏻

Aku ada buat video, so korang boleh tengok dekat YouTube channel aku or klik ja link ni https://youtu.be/klXi7OMXE8E dan jangan lupa untuk Like, Subcribers tau? Thanks 🙏🏻

HAVE FUN GUYS !