Monday, July 23, 2018

HARI PERTAMA DI SABAH, MALAYSIA.


Assalamualaikum semua,

Dah lama kan aku tak aktif blog ni, btw sorry la lately ni busy and ada komitmen lain yang kena laksanakan. Haa atas sebab ramai mintak untuk share trip kalini. Aku rajinkan diri jugak untuk berkongsi dengan semua pembaca dalam blog aku ni.

Pada hari Selasa malam, aku bertolak dari Penang ke Kuala Lumpur. Disebabkan flight aku keesokkan pagi. Takut tak sempat so kami sekeluarga bertolak menaikki kereta ja. Mudah dan jimat hehe

DAY 1: 18/07/2018

KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT 2

Kami sampai KLIA2 pukul 6 pagi, terus check-in then makan sarapan pagi. Tengok lah muka masing-masing barai + mengantuk. Hahaha




Kami bertolak dari KLIA2 pukul 8:55pagi dan perjalanan ke Kota Kinabalu mengambil masa selama 2jam 30minit. Kira-kira pukul 11:30pagi sampai di KKIA.

Dah sampai dekat Airport KK, tunggu pulak kereta sewa sampai. Lebih kurang 30minit macam tu kereta sewa kami sampai.

Dah masukkan beg dalam bonet kereta apa semua, kami sekeluarga mula bertolak ke Kundasang. Sebelum tu isi minyak kereta dulu, gila tak isi. Habis nanti hampa tolak lah, hahaha. Nak selamat isi full tank ok? Kami sewa kereta Saga FLX ja, jimat. Isi minyak RM 50 dah full.

Dalam perjalanan ke Kundasang, kami berhenti dulu sekejap dekat Rumah Terbalik. Harga Tiket dewasa (RM12 seorang)


RUMAH TERBALIK

Kami tak masuk pun dalam ni. Rasa macam membazir je, sebab dekat Penang pun ada jugak lebih kurang sama dalam dia. Hahaha so berhenti untuk tangkap gambar untuk dijadikan kenangan dekat Rumah Terbalik ni.

Cuaca waktu ni agak panas gila, dekat sini aku beli ais krim je untuk sejukkan tengkak aku. Dalam 15 minit berhenti, kami teruskan perjalanan semula.

Kawasan Rumah Terbalik ni tak jauh pun dari Jambatan Tamparuli. Dalam 5 kilometer macam tu je dah sampai. Btw kawasan semua ni hampa akan jumpa sepanjang perjalanan hampa ke Kundasang. So tak payah la nak ke sana sini rasa macam leceh sikit kan. 


Dalam perjalanan nak ke Kundasang, hampa akan dapat melihat dengan mata hampa sendiri. Kawasan bukit bukau, gunung ganang yang hampa sendiri tak pernah tengok sebelum ni. Ya Allah, aku rasa ''the best trip ever'' bila ke sini. Perasaan tu tak boleh digambarkan macam mana. SubhanaAllah, indahnya ciptaan Tuhan.


Aku pun tak lepaskan peluang untuk berhenti kereta dibahu jalan, dan tangkap gambar sekeping dua yang boleh. Hehehe lawa kan? tunggu apa lagi? datang la sini cepat...

36 MILES LODGE, KUNDASANG

Haaa penat dalam kereta lebih kurang 2jam, kami pun sampai di Penginapan kami untuk 1 Malam di Kundasang. Hotel ni aku booking 3 bulan sebelum tarikh aku ke sini. Sebelum datang 2 hari ke sini, aku cuba check, ternyata bilik dekat sini memang full terus. Selamat aku booking awal-awal.


GUNUNG KINABALU

Ya Allah, hotel aku ni betul betul bawah kaki Gunung Kinabalu. Memang sangat recommend lah siapa yang nak ke Kundasang ni boleh lah stay sini. Sebelum nak stay sini, aku nak bagitahu awal-awal, hotel ni ada anjing. Tapi jangan risau, anjing tu jinak je tak kacau orang. Anjing tu macam jaga tempat ni je. Jangan la pulak hampa gatai tangan pi sentuh pulak, itu masalah sendiri lah ea? hikhik..

VIEW LUAR BILIK AKU

Nice kan wei? Buka buka pintu je dah nampak view Gunung Kinabalu ni. Sebab tu aku cakap tadi, hotel ni memang terbaik. Lepas ni kalau aku dapat datang ke Kundasang lagi, mesti aku akan booking hotel ni lagi. Staff dia pun semua baik baik and friendly. Senang kalau nak tanya apa-apa.


CHICKEN WING, PEKAN KUNDASANG

Lepas semua dah rehat lebih kurang 2jam macam tu. Kami sekeluarga decide untuk cari makan malam. Kami pergi Pekan Kundasang untuk dinner dekat sana. First thing yang nak beli adalah Chicken Wings ni. Ramai yang datang ke Kundasang akan rasa rugi kalau tak mencuba makan chicken wing dekat Pekan Kundasang ni. 

Chicken wing: RM1.70 seketul
Pedal/Bontot: RM1.00 setangkal

Aku beli 10 ketul chicken wing dengan bontot ayam 10 tangkal. Memang sedap wei dia punya bakar dengan letak sos hitam tu. Perghhh! sampai memanggil-manggil nak pergi beli lagi sekali.

Kami sekeluarga makan dekat kedai mamak dalam Pekan Kundasang ni je. Sebab kedai dekat sini payah nak ikut selera kita. Memang tak akan jumpa dan lagi satu, semua kedai akan mula tutup dari pukul 8 malam.

Habis saja dinner, aku terus balik Hotel semula. Dalam pukul 9 malam macam tu. Wei banyangkan lah, pukul 9 malam dah gelap gelita macam pukul 2 pagi dekat semenanjung. Hahaha bosan wei duduk dalam Hotel lama-lama.

Day 1 ni bosan sikit sebab tak banyak aktiviti yang buat. Tunggu update Day 2 pulak ya?






XOXO






No comments:

Post a Comment