Memandangkan awal bulan 2 yang lepas. Aku dengan kakak dan ayah aku tak ada plan apa-apa.
Jadi kami bertiga pun plan, nak pergi mana yang best. Haritu pulak hari minggu. Memang okay lah kalau nak jalan jalan, kena dengan mood. Hehe
Kami bercadang nak ke Banjaran Titiwangsa dan Gerik saja, tak sangka pulak kami akan ke Kelantan. Haha itu lah power kalau tak merancang ni.
Pada hari Ahad tu kami bertolak pagi dari Penang. Aku menggunakan jalan alternatif highway Kulim-Baling. Sebab kalau dari Penang dekat sikit. Sesiapa nak ke Kelantan dari Utara boleh ikut jalan Kulim-Baling. Dan sesiapa yang dari Selatan boleh ikut jalan Kuala Kangsar-Gerik.
Masa diambil lebih kurang 2 jam untuk sampai ke Banjaran Titiwangsa. Jalan dia bukit gunung ganang, memang agak mencabar jugak lah. Drive berhati-hati lah yea?
Sampai dekat Banjaran Titiwangsa ni ada rumah rehat tau. So yang mana nak kencing atau lapar boleh lah berhenti dekat perhentian ini.
View dekat sini memang nice gila wei. Tak dapat dekat mana mana. Wajib tangkap gambar bila sampai sini okay? Memang tak menyesal lah.
Aku berehat dalam 30 minit. Sebab nak kejar masa. Sebelum terlupa, siapa datang perhentian dekat sini jangan lupa order Milo Ais. Memang terbaikkk !!! Jangan lupa tau? Kaw kaw dia bagi hang minum. Perghh! Sampai sekarang aku teringat lagi hmmm
Masa rehat tu, borak punya borak. Kakak aku cakap dekat ayah aku, dia dah lama tak pergi Kelantan. Actually aku tak ada lah lama sangat, sebab bulan 9 tahun lepas baru aku datang ja. So aku okay jelah.
Tapi memandangkan kakak aku dah lama tak datang, so ayah aku on jelah untuk pergi ke Kota Bharu. Wow terus aku excited terus. Yelah, siapa tak mau jalan jalan. Hahaha
First tempat yang kami pergi adalah Rantau Panjang. Untuk datang ke Masjid ini. Orang ramai gelarkan masjid ini dengan nama Masjid Beijing. Sebab pelan bangunan masjid ni sebiji dengan masjid yang ada dekat Beijing, China.
Berhenti dekat sini lebih kurang 1 jam. Sampai saja dekat masjid ni, tepat tepat masuk waktu Zohor. Jadi solat dulu lah sementara tu.
Masa tunggu ayah aku tak selesai solat lagi. Aku dengan kakak aku gunakan masa dengan sebaik-baiknya. Dia ajak aku pekena Ais Krim Baba.
Fuhh ais krimnya menang "umphh". Hahaha macam macam benda dia letak. Bila datang lagi sini, nak kena beli lagi lah jawabnya. Kihkih
Feeling betul kakak aku makan. Yelah cuaca memang panas, kena lah mood bila makan ais krim kan. Hahaha
Ayah aku pun dah selesai solat apa semua. Take 5 dulu untuk dia, then baru lah kami teruskan misi kami ke Kota Bharu.
Lebih kurang 1 jam 45 minit kot dari Rantau Panjang ke Kota Bharu.
Taraaaa! Sampai jugak akhirnya ke Kota Bharu. Misi kami bertiga berjaya. Hahaha seronoknya.
Dalam kepala aku nak datang sini tempat muzium islam ni. Nak datang sebab nak tangkap gambar je dekat pintu gerbang yang besar ni. Hahaha ops terjujur pulak.
Snap punya snap walaupun tengah panas, who's care? So kami pun jalan lah kaki ke Kampung Kraftangan. Kami parking kereta dekat Muzium Islam tadi. Jalan kaki nak ke sini tak ada jauh mana pun, dekat ja 3 minit macam tu.
Ni pintu masuk dia. Malangnya kami datang dah pukul 5 petang macam tu. Muziumnya ni dah tutup. Tak ada ramai orang sangat time ni. Tak mengapa lah, next time kita datang lagi. Alah dekat ja Penang-Kelantan. Hahahahaha
Sekitar Kampung Kraftangan ni. Tempat dia betul betul macam kampung. Dengan rumah papan dia, cantik betul. Ada orang cakap, ni dulu istana, tapi istana berpindah ke tempat yang baru, jadi tempat ni dijadikan sebagai tempat untuk orang ramai datang berkunjung.
Lepas saja Kampung Kraftangan, kami jalan kaki lagi untuk ke Pasar Siti Khatijah. Korang jangan risau, semua tempat dekat sini, dekat dekat saja. So park kereta dekat mana mana then jalan kaki sudah. Senang kan? Hihi
Ni suasana dekat Pasar Siti Khatijah. Pasar ni kalau pagi ramai lah. Aku datang pun dah lewat petang, jadi ini jelah yang kedai buka pun.
Kalau korang datang Pasar Siti Khatijah jangan lupa beli Keropok Lekor dekat makcik ni. Dia jual hanya 5 panjang tu RM 10. So aku cuma ambil 10 panjang. Hehe
Jalan punya jalan, terjumpa asam jawa ni. Fuhhh sedap wei kalau makan asam jawa ni. Sebungkus RM 5 saja. Dah la banyak, berbaloi sangat bila beli bawa balik.
Tak pernah kalah kakak aku ni, nak jugak bergambar. Pantang tengok tempat elok sikit. Haha layankan jelah.
Okay lepas semua dah penat jalan jalan. Hari pun dah nak malam. Kami pun bertolak balik ke Penang dari Kota Bharu.
Sebelum sampai Penang. Kami berhenti dulu makan dekat Bukit Bunga. Dekat dengan Jeli. Selepas makan, terus balik.
Perjalanan malam memang agak mencabar. Kalau korang nak balik malam, hati hati lah yea? Kalau nampak Gajah atau apa apa, jangan bunyikan Hon Kenderaan korang okay. Takut Gajah terkejut ka apa nanti.
Yang mana plan nak buat DayTrip ke Kelantan macam aku ni. Pastikan mental dengan fizikal korang kental okay? Haha memang akan penat, letih dan lapar. Kalau lapar tu, sediakan lah makanan ringan dalam kereta. Itu pasti, jangan lupa. Hihi
Okay lah, sampai sini saja entry kali ni.
Terima kasih kerana sudi membaca.
XOXO
nice trip.
ReplyDeletekerja gila jugak tu dari penang ke kelantan..fuhh
tp jauh berjalan luas pandangan kan
Suruh la kakak ko tu tutup aurat..ko pon jaga aurat skali...x pyh nak poyo sgt nak posing2 mcm pondan
ReplyDelete