Tuesday, September 20, 2016

DINNER DI OWLERY DINE AND GRILL

Hai assalamualaikum....

Siapa sini peminat makanan western? Angkat tangan? Haaa meh sini aku nak bagitau dekat korang pasal satu kedai makan ni. Yang penting sedap, harga pun berpatutan. Mesti korang rasa berbaloi bila makan dekat sini. Nak tau kedai apa? Meh lah baca sampai habis entry kali ni. 


Haa ni aku nak buat satu review sikit pasal kedai makan Owlery Cafe ni. Kedai ni hari hari orang ramai beb. Kalau nak mudah, terus call buat reservation ja senang. Datang and terus duduk. Tak payah duduk luar kedai and tunggu orang lain siap makan. Gituu haha 


Macam aku cakap tadi, kalau korang reserved senang lah. Datang je terus duduk and orderrrr ! 


Owlery cafe ni jugak ada sediakan pencuci mulut macam cake, cupcake and banyak lagi. So korang tak payah risau kalau korang nak ada pencuci mulut selepas korang makan.


Vanilla Machiato (iced) = RM 12.00


Hot Chocolate = RM 10.00


Oreo Chocolate Milkshake = RM 12.00


Grilled Lamb Company = RM 38.00


Spicy Seafood Pescatora = RM 28.00


Crispy Crab Burger = RM 25.00


Spicy Chicken Wing = RM 18.00


Okay ini lah makanan yang aku order dekat Owlery cafe ni. Hehehe sedap kan? Kalau boleh semua dalam menu tu aku nak order hahaha nak mencuba kan apa salahnya .. Hehe

KOMEN PASAL MAKANAN

Vanilla Machiato iced:
Air ni rasa pahit sikit tapi kalau letak gula sikit lagi mesti lagi kaw sedapnya. Aku tak tau lah kalau air ni memang rasa macam ni. Lebih kurang macam cappuccino lah rasanya. Pahit pahit manis macam tu hehe. Bagi aku sedang je sebab aku bukan peminat coffee so 3/5 bintang.

Hot Chocolate:
Air ni pulak. Yang paling aku suka corak dia creamy atas tu. Cantik. Air ni sedap. Rasa kaw tu sampai. Chocolate kan mesti lah sedap. Chocolate mana yang tak sedap kan? Bagi aku sedap 4/5 bintang.

Oreo Chocolate Milkshake:
Haa air ni special sikit. Kebanyakkan orang datang kedai ni semua akan ambil air milkshake ni. Ada pelbagai perisa korang boleh pilih. Strawberry lah, vanilla lah, chocolate lah, tu lah ini lah. Senang cakap, memang banyak. Haha so bagi aku 5/5 bintang.

Grilled Lamb Company:
Yang makanan ni pulak, aku recommended korang untuk mencuba. Rasa dia memang perghhh! Sedap siot. Dalam satu set hidangan akan dapat separuh jagung, salad, and mashed potato. Dia punya sos black paper tu yang mengancam sangat. Rasa lain dari yang lain. Daging pun masak dengan baik. Tak terlalu masak sangat. Daging kalau terlampau masak sangat pun tak sedap jugak, kan. So bagi aku 5/5 bintang.

Spicy Seafood Pescatora:
Yang ini macam spaghetti jugak. Bukan spaghetti lah, tapi macam pasta pun ada. Entah aku pun tak tahu apa dia. Haha senang aku panggil, mee sanggul. Hahahaha rasa dia sedap, and seafood kan. Of course dalam ni dia ada letak Mussels, Udang, Sotong. Yang ini pun aku recommended untuk korang mencuba jugak. Aku bagi 4/5 bintang.

Spicy Crab Burger:
Burger ni color hitam, sedap. Roti burger ni ada bijan. Hehe nyummm... Yang sedapnya ketam tu, memang rapuh bila kita makan. Tambah pulak dengan sos tambahan iaitu honey mustard. Fuhh sangat menyelerakan. Aku recommend untuk korang mencuba makan ni. Aku bagi 5/5 bintang. Memang sedap!!

Spicy Chicken Wing:
Disebabkan spicy chicken wings ni sangat pedas. Aku cuma makan 2 ketul sahaja. Hahaha sebab aku tak suka makan pedas sangat. Sikit boleh lah, kalau banyak tu memang tak boleh telan dah lah. Haha apa apa pun spicy chicken wing ni pun sedap. Aku bagi 4/5 bintang.

So disini aku nak bagitahu korang, bila nak datang sini hanya Waze: Owlery Cafe. Nanti keluar lah and terus tekan "GO". Make sure buat reserved dulu eh? Hikhik. Takut dah sampai kedai nanti, penuh tak ada tempat duduk pulak. Kang dah kena balik or pergi kedai lain hahaha...


Ini lah Sub total. aku semua yang aku makan. Banyak wei aku makan, tapi harganya ni sangat berpatutan. Tak menyesal datang. Yang penting haruslah sedapppppp !!! 


Terima kasih Owlery Dine & Griled 👍🏻 

No comments:

Post a Comment