Wednesday, August 17, 2016

BEAUTIFUL STATE BEAUTIFUL CULTURE, NEGERI TERENGGANU


Assalamualaikum, setelah lama aku tak menulis, kali ni ada rasa mood sikit untuk menulis entry yang mengisahkan kenangan aku waktu berada di Terengganu 3 hari lepas.

Sebenarnya, bukan plan pun nak ke sini. Plan sebenar aku ke Kelantan, Negeri Chek Siti Wan Kembang. Disebabkan aku ada satu program dekat sana. So waktu perjalanan nak balik ke KL, aku dengan kawan-kawan singgah makan malam di Restoran seafood terletak di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.





Fuhh aku kalau bab makan, memang number 1. Hahaha

Lepas makan ja, masih dalam perancangan nak ke mana selepas itu. Check punya check hotel mana yang sesuai, dapatlah Hotel Seri Malaysia terletak betul betul tengah Pekan Kuala Terengganu. Senanglah sikit nak jalan-jalan. Lagipun malam tu dekat sangat dengan tempat makan malam aku. Hehe so balik terus lena.

Perjalanan ke hotel dari Pantai batu buruk dalam 10 minit macam tu.



Taraaaaaaaa finally I'm here. Sampai sudah dekat Hotel Seri Malaysia ni. Ala ala short vacation la ni hehehe



Masa aku nak check in hotel ni. Aku buat  booking dulu. Itu pun last minit punya kerja, dapat lah discount sikit kalau melalui online. Haaaa sebelum terlupa, aku booking hotel melalui agoda.com. Bayaran secara online akan dapat discount. Nasib aku cepat, sebab time aku booking tu room dah hampir penuh. Nasib nasib dapat jugak sebilik untuk aku.


Ni dia kunci bilik, maknanya aku dah boleh masuk bilik. Yeah!!! 



Masuk saja bilik, semestinya akan happy kalau bilik kita tu kemas dan cantik kan? Hehe mau tak nya, tak kemas mampus tidur tak lena lah jawabnya. Dah la bayar mahal mahal, mestilah nak yang selesa kan?



Haaa lain dan tak bukan, kalau dah masuk bilik hotel tu. Perkara yang pertama, mesti kita akan check tandas kan. Hahaha sama la macam aku jugak. Kalau tandas kotor, time tu jugak aku keluar buat report dengan pengurus hotel. Haha nasib lah aku dapat tandas yang bersih. Okay lah kan.


Package bilik aku ni, sekali dengan breakfast. So aku tak susah lah nak cari makan pagi dekat mana mana kan? Bangun then pergi je restaurant yang ada dekat hotel. Makan sampai kenyang, hikhikhik.



Lepas ja breakfast dekat hotel, aku terus check out and terus pergi sekitar hotel yang tempatnya yang sangat nice.




Yang ini waktu aku ada dekat pesisiran muara sungai kuala terengganu. Orang panggil China Town. Haaa sini banyak mural mural seperti diatas. So tunggu lagi? Posing lerrrrrrrrr !

        Masjid Kristal, Kuala Terengganu.




Permandangan sekitar Masjid Kristal. Tempatnya sangat tenang. Sangat tenang.

Selepas ja balik dari Masjid Kristal. Aku singgah di Taman Tamadun Islam. Pada mulanya, aku ingat datang sini tak berbayar. Rupanya kena bayar bila nak masuk dalam ni. Haha seriously, aku tak pernah research pun tempat ni. Yang aku tau, ada monumen masjid masjid yang ada diseluruh dunia.

So alang-alang dah datang tu kan. Masuk jelah walaupun berbayar. Nanti tak masuk menyesal pulak and aku sendiri pun tak tahu bila pulak rezeki aku akan ke sini lagi. Alhamdulillah, dapat jugak melihat keindahan dunia.

               Xian Mosque, China
Masjid ini didirikan pada tahun 1392 masihi oleh Laksamana Haji Cheng Ho pada zaman Dinasti Tang. Walaupun rupa bentuk masjid ini kelihatan seperti kuil Buddha, tetapi kedudukannya adalah menghadap kiblat.

      Kul Sharif Mosque, Kazan, Russia
Pernah dibiarkan musnah, pembinaan semula masjid ini dijalankan setelah kejatuhan Soviet Union. Is merupakan sorotan 1000 tahun sejarah panjang Kazan dan reka bentuknya mengimbas kembali persekitaran bersejarah di zaman Kremlin.

       Great Mosque of Agadez, Niger
Masjid yang diperbuat daripada tanah yang dikeringkan dibina pada abad ke 16 pada zaman kegemilangan Agadez. Ia mempunyai menara berbentuk piramid dengan 13 baris perancah kayu untuk mengukuhkan strukturnya.

          Kalyan Minaret, Uzbekistan
Menara ini telah dibina pada tahun 1127 masihi oleh Arslan-Khan. Menara yang diperbuat daripada bata yang dibakar ini merupakan contoh gabungan kejuruteraan awam dan rekaan senibina yang sempurna.

           Suleyman Mosque, Turkey
Masjid ini dibina pada tahun 1557 masihi di zaman Empayar Ottoman dalam tahun ke 46 pemerintahan Sultan Suleyman. Ia menempatkan infirmari, sekolah perubatan, hospital, kedai, penjara, dan tempat penyimpanan senjata.

     Great Mosque of Qairawan, Tunisia
Dibina pada 670 masihi oleh Uqba ibn Nafi, ia merupakan monumen islam tertua di Tunisia. Hari ini, setelah dibina semula sebanyak tiga kali, masjid ini melambangkan kesamarataan di Qairawan.

        Mosque of Mohamed Ali, Egypt
Juga dikenali sebagai Masjid Alabaster berikutan penggunaan bahan ini dengan banyak didalam pembinaannya. Masjid ini dibina oleh Mohammed Ali yang pada zaman pemerintahannya dianggap sebagai zaman pembaharuan Mesir.

               Aleppo Citadel, Syria
Dianggarkan dibina pada abad ke 10 masihi di atas sebuah bukit di Syria, kota ini membuktikan kecanggihan teknologi umat islam pada masa tersebut.

Al-Haram Mosque, Mecca, Saudi Arabia



Masjid ini menempatkan tempat paling suci bagi semua umat islam iaitu Kaabah bermaksud "tempat tertinggi yang terhormat dan berprestij". Bangunan asal masjid dibina menggunakan batu biru yang terdapat di Lembah Hijjaz.



          Sheikh Lutfallah Mosque, Iran
Merupakan satu contoh senibina Islam yang terbaik dan dahulunya digunakan sebagai masjid diraja. Dibina pada abad ke 17 oleh Sheikh Lutfallah Maisi Al-Amili, seorang cendekiawan dan tokoh agama terkenal.

        Great Mosque of Samarra, Iraq
Masjid ini dibina semasa pemerintahan Khalifah Abassiyah Al-Mutawakkil pada abad ke 9. Berdiri dengan megahnya di dalam bandar tertua di dunia salah satu keunikkannya ialah Menara Berpusing yang terletak di bahagian utara masjid ini.


Kubbah As-Sakhrah, Baitul Muqqaddis, Palestin
Dibina pada tahun 692 masihi di bawah naugan Khalifah Umaiyah Abdul Malik ibn Marwan. Ia menyemadikan batu suci di atas Gunung Moriah dan untuk memperingati perjalanan Nabi Muhammad SAW untuk bertemu Allah.


     Badshani Mosque, Lahore, Pakistan
Masjid ini dibina untuk Maharaja Mughal Aurangzeb Alamgir pada tahun 1673 masihi. Ia merupakan masjid yang terbesar pada zaman tersebut. Mengikut sejarah ia boleh memuatkan sehingga 65,000 orang jemaah.

               Taj Mahal, Agra, India
Maharaja Mughal kelima, Shah Jahan telah membina Istana Taj Mahal bagi mengenang Kisah Cinta abadinya. Ia juga sebagai simbol kasih sayang terhadap isterinya, Mumtaz Mahal.

           Sultan Mosque, Singapore
Terletak di kawasan Kampung Glam, Singapura. Merupakan sebuah masjid yang terpenting di negara itu. Terkenal dengan kubah emas yang terletak diatas botal minuman yang didermakan oleh masyarakat setempat.

Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam
Masjid ini dinamakan bersempena nama Sultan Brunei yang ke 28 dan dibina pada tahun 1958. Ia direka oleh seorang arkitek Itali. Struktur kubah emas masjid ini merupakan binaan tertinggi di Brunei.

      Pattani Central Mosque, Thailand
Dibina pada tahun 1954 semasa pentadbiran Fil Marsyal Sarit, masjid ini mempunyai reka bentuk Taj Mahal. Ia merupakan tumpuan utama penduduk Islam Thai dan menjadi pusat untuk upacara keagamaan.

    Kudus Minar, Central Java, Indonesia
Dibina pada tahun 1549 oleh Sunan Kudus (Ja'far Shodiq). Reka bentuk masjid ini bercirikan campuran Hindu dan Jawa. Paling ketara adalah menaranya yang berbentuk seperti Chandi yang kebiasaannya ditemui di kawasan Kuil Hindu.

           National Mosque, Malaysia
Dibina pada tahun 1965 sebagai tanda penghormatan terhadap Perdana Menteri Malaysia pertama. Bumbung utama merupakan lambang payung diraja yang terbuka dan menaranya pula adalah payung tertutup.

Sejam jugak lah aku berjalan dalam Taman Tamadun Islam ni. Jarak perjalanan dia 800 meter. Macam kita pusing padang bola sepak lah. Haaa lebih kurang macam tu. Memang panas, jangan lupa bawa payung bila masuk dalam ni okay? Hikhikhik.





Ini masa aku pergi Muzium Negeri Terengganu. Berdekatan saja dengan Taman Tamadun Islam. Dalam 5 minit ja. Tak lama pun, dekat je. Hehe 

Maaf sebab tak banyak gambar masa dekat muzium. Sebab aku tak dibenarkan mengambil gambar sewaktu berada didalam muzium. So aku hanya berkongsikan sedikit gambar sahaja yang berada diluar muzium iaitu pengangkutan lama sultan dan lain lain.



Siapa yang datang ke Terengganu memang tak sah kalau tak beli keropok lekor untuk bawa balik bersama. 

Ori Kg Losong memang salah satu kedai yang dikenali ramai di Negeri Terengganu ini. Paling best, kita boleh rasa dulu tau keropok lekor dia. Sedapppp gila okay!



Dah beli keropok, dah penat jalan-jalan sekitar Kuala Terengganu. Tempat yang terakhir aku pergi Pantai Rantau Abang yang terletak di Dungun.

Dekat sini pantai dia sangat cantik dan tenang. Tak ramai orang sangat, so tempat ni semestinya bersih. Sesiapa masa bercuti di Terengganu tu, yang drive balik selatan melalui Dungun tu boleh lah singgah dulu dekat Pantai Rantau Abang ni. Betul betul tepi jalan. Parking kereta dekat tepi, and tunggu lagi? Turun and terjah lahhhhhhhh..... hehe






Biasalah, bila tempat tu cantik. Mesti tak akan melepaskan peluang untuk bergambar. Hehe 

Posing mengalahkan international model. Kahkahkah! 


Selesai saja posing sana sini. Badan pun penat, rehat pun tak cukup. Cuaca pun waktu ni panas gila dengan lupa nak pakai sunblock hahaha memang burn lah kulit. Padan muka siapa suruh aku tak prepare apa apa. Yelah mana nak tau kalau nak transit dekat Terengganu. Haha actually banyak lagi tempat tempat yang best di Terengganu yang aku tak pergi. In Sha Allah panjang umur, nanti aku datang ke sini lagi.

Okay lah, setakat ini saja entry kalini. Yang nak tanya about package ke apa ke memang sumpah aku cakap. Aku pun tak kira berapa habis. Yang aku ingat saja aku sertakan dekat bawah ya? 

Hotel: RM 168 (semalam)
Taman Tamadun Islam: RM 24 adult (per person)
Muzeum: RM 5 adult (per person)
Lunch: RM 15
Keropok Lekor: RM 80 ( RM 10 per packets)

Total: RM 292.00

And aku sertakan sekali Link VLOG yang telah aku buat untuk korang di YouTube. Hope enjoyyyyy!






Jangan lupa, like, komen and share.




No comments:

Post a Comment