Wednesday, February 17, 2016

PERCUTIAN 3H2M DI PULAU LANGKAWI

Assalamualaikum, dah lama kan aery tak tulis blog. Dekat 4 tahun diamkan diri seketika. Bukan apa, sibuk dengan study sekarang ni. Hahaha *yeke* 😁

Okay, berbalik pada tajuk. Minggu lepas 12 sehingga 14/02/2016 aery bercuti di Pulau Langkawi, Kedah. 

Day 1:

(Gambar diambil masa dalam ferry)

Tak plan pun sebenarnya nak datang sini. Tut tut tut tak ribut apa semua last sampai ke sini. Haha heaven kan? 

Masa datang sini, tak booking hotel, tak booking penggangkutan dan semuanya boleh dikatakan kerja last minit punya. Hehehe tapi seronok tau? Tapi yang berani ambil risiko boleh la buat macam aery ni. Yela masa datang sini pun masa minggu cuti Chinese New Year. Gila kau tak booking apa semua, mesti semua dah full hotel bagai. Tapi Alhamdulillah nasib menyebelahi aery masa tu. Hikhikhik ....

Tanya punya tanya semua hotel penuh. Akhirnya Rasa Senang Villa ni ada tinggal 2 lagi bilik kosong. Memang terbaik ah. Dua dua aku ambik hahaha .. 

RASA SENANG VILLA

(Pejabat urusan Rasa Senang Villa, Langkawi)

(Bahagian luar Rasa Senang Villa, Langkawi)

(Dalam bilik. Cantik kan?) 

Hotel ni bertemakan suasana kampung. Memang cantik sangat sangat. Rasa puas hati sangat bermalam dekat sini selama 3 hari 2 malam.

Wifi dia pun laju wei, serious cakap. Memang berbaloi. Sesetengah hotel wifi slow kan, ni aku nak habaq dekat hang dekat sini jangan risau. Laju nak mampos hahaha 

Rasa Senang Villa ni senang ja. Betul betul depan Pantai Chenang. Kau keluar pintu masuk dia lepas tu kau dah boleh sampai pantai dalam masa 3 minit jalan kaki. Alah dekat lah tu 3 minit kan, yang penting dekat dengan pantai. Hihihi jangan nak mengada malas nak jalan kaki. Baik duduk rumah je tidur. Wek

(Cantiknyaaa wei...serious*

(Langkawi Permata Kedah. Kalau amik gambar mesti bagi nampak benda ni haha kan? Jangan tipu lah)

(Suasana pantai. Nampak macam tak ada orang kan? Tapi belah kiri kanan, memang ramai. Saja aku tak tangkap. Time ni battery dah nak habis)

(Pantai Chenang, Langkawi) 

Haha time ni excited wei lepas check in pukul 3 petang, terus aku tukar baju and terus pi mandi pantai. Haaa dekat sini kalau petang tak lah panas sangat. Boleh chill chill ja mandi, tak burn sangat. Sebab cuaca elok. Kau mandi waktu tengahhari siapa suruh, padan muka burn. Hahaha

(Tak ready lagi. Hahaha muka kelaut)

(Keluarga bahagia. Camna tu? Camtu ah. Kihkihkih)

(Aku pi mana mana wajib ok tangkap gambar lompat. Hahaha mesti, jangan kata apa dah)

Lepas mandi, balik lah bilik balik. Rehat apa semua, dan dah bersiap semua nak keluar makan malam. Tut tut tut hujan turun, hujan rahmat kan. Sehari tak hujan, biarlah dia nak turun sekejap. Tapi sat ja hujan pastu dah berhenti. Boleh la gi dinner. 

Maaf. Lupa nak tangkap gambar masa dinner tu. Yela, perut tengah lapar semua lupa habis lah. Sorryyyy semua. Ampun maaf dipinta beribu ribu ampun hahaha *saja nak buat terok*

Day 2:

Pada hari kedua, kami satu family keluar naik van ke Pekan Kuah, Langkawi. Masa perjalanan dari Pantai Chenang ke Kuah dalam 20 minit macam tu. Nak kata jauh tu tak lah jugak sebab naik van kan. Kalau jalan kaki tu mesti jauh sikit, heheheh *jangan marah, melawak je*

Taraaaaaaaaaa .... *saja nak tunjuk*

(Shopping chocolate. Muka syiok sendiri tu hahaha)

(Bila satu keluarga shopping. Hambik hang, penuh bonek)

(Chocolate ni tak muat nak letak bonek, so buat riba je hahaha)

So, dah penat shopping apa semua. Lunch dulu dekat warung ikan bakar bersebelahan dengan Rasa Senang Villa yang aery stay tu. Sedap wei, nama apa aku lupa. Tapi memang area situ je, Cari nanti mesti jumpa. Jangan risau. 

Lepas makan. Balik bilik, terus plan nak ke Tasik Dayang Bunting. Waktu masa tu jam 3:30 petang. So bersiap dalam pukul 4 petang terus pergi cari package dekat area Pantai Chenang untuk ke Tasik Dayang Bunting sahaja, tak nak pergi yang lain lain. Sebab tak best. Hahaha

Dalam pukul 4:30 petang kami semua bertolak dari Jetty Island Hoping tak jauh daripada Pantai Chenang tapi kena naik van yang depa sediakan lah. Including dengan harga yang kita bayar. Kalau tak, rugi la kita nanti kan? 

(Masa atas boat nak ke Tasik Dayang Bunting)

(Finally dah sampai. Masa perjalanan dalam 15 minit ja dari jetty) 

Masuk ke Tasik Dayang Bunting ni kena bayar seorang RM3. Jangan pelik pulak tau? *sebenarnya dulu masa first time datang, pelik jugak. hehe* Bila dah masuk, hampa kena mendaki tangga untuk ke Tasik. Tak lah lama sangat. 5 minit je sampai la ke Tasik. 

(Sampai terus selfie hahaha nampak tak punya excited)

Dekat Tasik Dayang Bunting ni, serious aku nak habaq dekat hang. Sini cantik permandangan sangat sangat. Tempat terjaga. Tak kotor. Alhamdulillah ...

(Time ni datang pun dah petang, tak ramai orang sangat. So privacy lah sikit kita nak buat apa pun ikut suka. Best)

(Bajet bajet comel je tu. Hahaha)

(Aku suka gambar ni. Lawaaaaaa)

(Bila dah main air, wajib lah selfie dalam air. Apa function bawa GoPro tapi tak selfie dalam air kan? *pergh bajet sia aku* hahaha)

Lepas mandi ..... 

(Aktiviti berkayak. Waktu ni naik free sebab tuan punya kayak dah balik. Sebelum balik, dia ada bagitahu dekat abang boleh naik kalau rasa nak naik. Tunggu lagi? Naik terus haa. Kihkih *thanks abang kayak sebab abang saya dapat merasa naik kayak free dekat Tasik ni*)

(Tak boleh move on lagi dengan suasana bukit bukau and air tasik yang tenang ja dekat sini *nak datang sini lagi pliss*)

Waktu balik dari Tasik Dayang Bunting, sempat lagi aku selfie atas boat. Haha susah okay nak selfie atas boat. Nasib driver boat ni baik hati. Makaseh pakcik.

(Selfie sorang sorang ja cukup hihi)

Dalam perjalanan balik semula ke jetty, semua dah penat dari pukul 5 sampai 7 petang baru habis mandi dekat Tasik tu. Tapi tak ada la mandi berjam jam. Tipu sangat tu, mesti la buat benda lain sama. 

Driver boat bawa kami ke salah satu gua yang ada berhampiran Tasik. Ini dia .....


(Ya Allah, indahnya ciptaanmu) 

Lepas dah balik bilik. Malam tu rehat and jalan jalan cari barang dekat kedai sepanjang Pantai Chenang. Kena pandai ringan mulut sikit untuk minta tawar menawar... InshaAllah dapat. Lagipun semua murah je dekat situ. Macam macam ada.

*Ada jugak try pergi massages kaki, tapi dah delete gambar. Maaf. Hihihi*

Ni gambar masa tengah malam lepak cafe dekat Pantai Chenang. Ada orang main api. Best wei. Siap ada api berlegar legar lagi dekat tempat aku duduk hahaha.



Day 3: 

Setelah berpenat 2 hari berturut-turut. Pagi tu terus packing beg baju sebab nak balik dah. Waktu hantar van pukul 10:30 pagi dekat jetty langkawi. Pukul 8:30 pagi dah check out dari Rasa Senang Villa, Langkawi. 

(Time ni dekat Jetty langkawi dah. Tunggu ferry je nak ke Kuala Kedah. Sejam jugak lah tunggu haha siapa suruh datang awal kan. Simple je masa balik ni. Malas nak pakai kasut sport. Selipar selesa lagi. Janji hensem *muntah hijau* hahahaha tak baik tau awak.)

(Okay boleh dikatakan kalau tangkap gambar dekat sini. Jangan risau, semua cantik cantik hahaha *ahhhhhh aku dah mula rindu*) 

(Masa dalam ferry nak balik Kuala Kedah dah. Bye langkawi see you next time)

Berakhir lah percutian tanpa plan aku di Pulau Langkawi, Kedah. Yeayyy best gila wei. Serious. Yang mana nak datang Langkawi, boleh lah cuba buat apa yang aery buat. Kalau datang dengan family and kawan ramai boleh jimat sikit duit. Boleh share sorang sikit kalau nak sewa kereta, van ke. Kan? 

Okay lah. Dekat bawah ni aku tinggalkan sedikit bajet yang aku habis dekat Pulau Langkawi. 

Ini jumlah masa kegunaan yang penting sahaja. Tak termasuk shopping.

Ferry: Rm 56 return *seorang* (dari kuala kedah)

Van: RM500 untuk 3Hari 2malam (muat untuk 10 orang)

Hotel: RM180 semalam *share duit sorang sikit* *satu bilik boleh duduk 4-5 orang sebab ada katil queen 2. Masa ni sewa 2 bilik sebab ada 8 orang hehe. Boleh tengok gambar diatas* (mahal sikit sebab pergi waktu cuti. Waktu biasa mungkin murah sedikit)

Island hoping: RM250 private boat untuk sewa 1 boat *share sorang sikit* (nak ke Tasik Dayang Bunting sahaja. Kena sewa boat sendiri. Boleh tanya package yang ada dekat Pantai Chenang. Pandai cari murah lah dapat)

Makan malam: RM180 untuk 8 orang makan *boleh share duit untuk bayar, murah kan* (Fresh sotong 1kg, Ikan Jenahak seekor, tomyam campur, telur dadar 2 pinggan bersamaan 4 biji telur, nasi 6 orang makan, Air campur campur ikut citarasa sendiri *order*)

KALAU ADA APA APA PERTANYAAN BERKAITAN DIATAS. BOLEH TINGGALKAN KOMEN KORANG DISINI YA? INSHAALLAH NANTI SAYA BALAS SEBAIK YANG MUNGKIN. TERIMA KASIH SUDI LUANGKAN MASA UNTUK BACA DI BLOG SAYA INI.

ALHAMDULILLAH .....



11 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Besttnyaaa, tempatnyaa pun lawa, tak rancang but perfect holiday 😉 Lain kali bawa saya pulak 🙆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe thanks awak.. Kalau nak, nnt boleh la kita pi sana.. InshaAllah ...

      Delete
  3. Interesting.. View dia cantik sangat.. Bestnyaa.. Nanti boleh bawak saya pergi sana pulak.. Tempat percutian yg sangat menarik.. Perfect..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik sgt awak.. Hehe dtg la sana jejalan bila free and ada masa terluang ke. Hihi thank you 😘 Alhamdulillah ...

      Delete
  4. Assalamualaikum...

    'JOM KE SABAH'...

    Kami menyediakan kereta sewa pandu pelbagai jenis utk percutian anda di Sabah

    Myvi Rm120 sehari
    Saga RM120
    Alza Rm150
    Exora RM160
    Avanza RM170
    Innova Rm200
    Urvan Rm250

    Hubungi Raziman
    0129600702 Whatsapp/call

    Kami juga menyediakan pemandu sekiranya diperlukan... caj pemandu RM150 12 Jam

    Homestay bajet area Kota Kinabalu RM100 sehari

    ReplyDelete
  5. menariknya.. kalau pergi ke pulau pulau tu harga rm bape ye

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Elang Lombok Tour.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke LOMBOK ISLAND, jangan risau hati sila hubungi :

    ELANG LOMBOK TOUR
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Lombok island dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, ELANG LOMBOK TOUR menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    AFFANDI
    IG : @pariwisatalombok
    Mobile : +62 8223 771 6583 ( WhatsApp )

    ReplyDelete
  7. Jom Ke Sabah 2017

    Pakej Transport Bajet ke sabah 2017
    (Pakej termasuk kenderaan, pemandu dan Minyak kenderaan)

    Tidak perlu pening memandu sendiri... biarkan kami urus perjalanan anda !!

    3 Hari 2 Malam
    Sedan. MPV. Van
    2 Pax. RM500. 5 Pax RM250. 6 Pax RM250
    3 Pax. RM350 6 Pax RM230. 7 Pax RM230
    4 Pax. RM250 8-12 Pax RM200


    4 Hari 3 Malam
    Sedan. MPV. Van
    2 Pax. RM600. 5 Pax RM280. 6 Pax RM290
    3 Pax. RM435 6 Pax RM240. 7 Pax RM250
    4 Pax. RM325 8-12 Pax RM220


    5 Hari 4 Malam
    Sedan. MPV. Van
    2 Pax. RM750. 5 Pax RM340. 6 Pax RM360
    3 Pax. RM500 6 Pax RM285. 7 Pax RM310
    4 Pax. RM375 8-12 Pax RM265

    Itinerary Perjalanan
    Kota Kinabalu
    * Tg Aru
    * Masjid Terapung
    * Jesselton Point
    * Masjid Negeri
    * Signal Hill
    * Muzium Sabah
    * Perdana Park
    * Zoo Lokkawi
    * Pasar Filipina
    * Pasar Malam
    * Tamu Gaya Street
    * 1 Borneo

    Kundasang
    * Rumah Terbalik
    * Jambatan Tamparuli
    * Pekan Nabalu
    * Kinabalu Park
    * Desa Cow Farm
    * Sabah Tea
    * Poring Hotspring
    * Luanti Fish Tagal
    * Kundasang Memorial

    Hubungi Raziman untuk pertanyaan lanjut
    0129600702 Whatsapp / Call / Sms
    0163751978 Call / sms

    ReplyDelete