DAY 2: 19/07/2018
BREAKFAST
Bangun-bangun pagi je, terus berus gigi mandi apa semua. Korang rasa aku bangun pukul berapa wei? Haaa pukul 4 pagi kot. Langit dah cerah wei pukul 4 pagi, hahaha. Hairan betul aku time tu. Time ni lah hampa boleh tengok view Gunung Kinabalu lebih jelas, sebab waktu pagi sehingga 10 pagi Gunung Kinabalu tak diliputi kabus tebal. Jangan lupa tangkap gambar yea? Itu yang paling penting.
Aku stay Hotel Miles 36 Lodge ni semalam je. Aku tempah 2 bilik double queen + 1 bed tambahan. Bilik lelaki perempuan asing-asing. Bilik mama dengan kakak aku sebelah bilik aku je, so ketuk pintu je untuk kejutkan depa bangun. Haha
Lepas semua dah selesai bersihkan diri, kami kemas-kemas beg untuk check-out pagi tu jugak sebab nanti nak jalan-jalan jauh pulak so tak sempat nak patah balik ke Hotel untuk check-out. Lepas semua dah kemas, kami pun pergi je breakfast dekat Restoran yang hotel sediakan. Untuk pengetahuan hampa, aku booking bilik dapat Free Breakfast tau untuk 6 orang. Memang berbaloi.
VIEW DARI PONDOK HOTEL
Sebelum balik tu, kita tangkap gambar lah dulu sat. Serious nice wei view sini. Tu tengok Gunung Kinabalu tu nampak jelas gila.
KAWASAN HOTEL
Haa masing-masing tak mau lepaskan peluang untuk bergambar sama-sama. Kawasan hotel yang aku tinggal pun memang luas. Ni tangkap gambar dekat kawasan parking kereta.
DESA DAIRY FARM, MESILAU, KUNDASANG
Ini yang ditunggu-tunggu untuk datang ke tempat ni. Datang Sabah, tempat wajib hampa kena letak dalam itinerary hampa. Seriouss cantik gila view sini. Orang panggil tempat ni New Zealand Malaysia. Tapi memang nampak macam New Zealand pun wei. Gunung dia, Padang hijau dia, Lembu hitam putih dia. Fuhhhh memang the best. Cuaca panas, tapi angin dia sejuk. Seeloknya kalau nak dapat view macam aku ni, hampa ke datang dari pukul 8-10 pagi. Lepas pada 10 pagi jangan harap boleh tengok puncak Gunung Kinabalu.
Entrance Fee: RM 4.70 sen (Dewasa)
Hampa tengok sendiri lah view sini macam mana. Aku masih lagi tak boleh move on tau. Rasa nak datang lagi sekali ja kalau ada rezeki nanti. Tak boleh lupa betul tempat ni.
The best thing is bila hampa tengok family hampa seronok dan tertawa. Memories never end.
Ini lagi satu benda yang hampa kena beli. Ais Krim dia memang padu wei. Aku rasa tak cukup beli satu bekas. Yang fresh milk tu rasa dia agak masam sedikit, yang coklat rasa dia memang recommed lah. Sumpahh sedap, lincin cup. Haha
Milk/Chocolate Cup: RM 5.00
Selfieeeeeeeeeeeeee :D
Dekat dalam Desa Dairy Farm ni ada kandang lembu. Semua lembu dekat sini Hitam - Putih tau. Besar-besar kot lembu dekat sini. Tak tau lah makan apa, tengok makan rumput jugak. Tapi memang sihat lah lembu kat sini. Depa jaga dengan baik dan kebersihan lembu dekat sini pun terjaga.
Sini jugak hampa boleh beli Susu dalam botol dan rumput. Boleh lah merasai macam mana bagi anak kambing makan, dan lembu hisap susu botol. Hahaha memang comel gila.
Rumput: RM 1.00 segengam
Susu Botol: RM 1.50 sebotol
Dah puas jalan-jalan dekat Desa Dairy Farm, dah puas bagi anak kambing anak lembu makan. Aku gerak ke Poring Hot Spring dekat area Ranau. Jauh jugak perjalanan nak ke sini. Lebih kurang sejam macam tu.
Bila dah sampai sini, kami rehat dalam 20 minit dan kami teruskan perjalanan semula. Dekat sini kami tak masuk pun. Ala air panas ja pun, tapi sini lain sikit lah sebab Tapak Warisan Dunia. Tengok dari jauh pun ok dah apa. Hehehe so duduk luar tangkap gambar sekeping dua then blah lah. Hahaha boleh jimat duit juga. Lagipun aku nak jimat masa. Nak ke tempat lain pulak.
Tiket Masuk
Dewasa: RM 3.00 seorang
Lepas balik dari Poring Hot Spring, aku mulakan perjalanan ke Tagal Fish Massage pulak. Perjalanan lebih kurang 45 minit dari Poring Hot Spring. Sebab tu aku cakap, nak ke satu tempat tu makan masa lama. Kalau boleh hampa kena jimatkan masa sebaik yang mungkin. Yang mana perlu masuk dan yang mana tak perlu masuk. Itu hampa kena decide sendiri. Mana tempat yang lebih penting untuk hampa pergi.
Tiket Masuk
Dewasa: RM 3.00 seorang (Rendam Kaki)
Dewasa: RM 3.00 seorang (Mandi)
Makanan Ikan: RM 0.20 sen (Sebungkus Kecil)
Bila sampai Tagal Fish Massage ni, hampa wajib masuk beli tiket jugak tau. Kalau dekat luar dia, hampa boleh beli makanan ringan saja lah. Tak ada yang best pun. So hampa kena masuk dalam untuk pergi ke Sungai Tagal ni. Lepas beli tiket masuk, hampa kena check-in dulu dekat kaunter betul-betul tepi sungai tu dulu untuk ambil No. Giliran. Haaa, masa akan diberikan selama 15-20 minit dalam ni. So main lah puas-puas dengan ikan ni yea? Memang best. Kalau boleh beli lah makanan ikan, murah je tak mahal. So hampa boleh bagi ikan tu makan, lagi menarik perhatian ikan tu untuk datang dekat tempat hampa tu. Barulah rasa geli-geli tu, hahahaha.
Hahaha hampa jangan gelak pulak bila tengok gambar aku ni. Paling rare kot, geli dengan ikan. Ikan dalam sungai ni ada spesis Ikan Kelah, Ikan Sungai dan jugak Ikan Keli. Mula-mula aku takut jugak sebab ada Ikan Keli kan, takut kena sengat. Tapi jangan risau, Ikan Keli dekat dalam sungai ni semua baik-baik. Hehehe
Lepas dah puas main dengan ikan, aku teruskan perjalanan ke Sabah Tea. Btw tempat Tagal Fish Massage dengan Sabah Tea ni tak jauh. Sebelah sebelah je, tapi Sabah Tea ni hampa kena naik bukit untuk sampai ke atas. Tempat dia ni atas bukit. Ala, macam Cameron Highland tu, haa sebijik macam tu. Tapi dekat Cameron Highland tu jalan elok lagi lah, jalan ke Sabah Tea ni berbatu-batu dengan pasir. So hampa yang nak ke sini nanti, bawa kereta tu hati-hati lah yea?
Bila dah sampai ke atas ni, fuhlamakkkkk memang cun gila permandangan dia dari atas.
Walaupun Sabah Tea ni tak seluas macam dekat Cameron Highland, tapi tempat dia memang terjaga elok dan suasana dia pun nyaman walaupun panas terik. Dekat atas ni tak ada lah sejuk mana, cuaca sama ja panas.
Dekat sini ada juga reka bentuk yang hampa boleh tangkap gambar dan lock kenangan hampa dekat sini. Tapi aku tak beli pun lock key ni, hihi
Hehe dekat sini jugak mereka sediakan bingkai frame untuk orang awam tangkap gambar. Seolah-olah macam hampa duduk dalam frame. Haha nice kan? dengan background belakang ni pun cantik.
Balik dari Sabah Tea, aku berhenti dekat Kinabalu Park dulu. Dari Sabah Tea nak ke sini lebih kurang 1 jam macam tu. Depend lah hampa bawa kereta slow ke laju. Haha janganlah bawa kereta slow sangat yea. 90KM dah cantik dah. Hehe
Tiket Masuk
Dewasa: RM 3.00 seorang
Aku dekat sini pun dah pukul 4 petang macam tu. Cuaca pun dah nak gelap. Biasalah Sabah kan masa dia lebih cepat berbanding dengan Semenanjung. So hampa kena pandai aturlah masa baik-baik dan pergi satu satu tempat tu janganlah lama-lama sangat. Sebab dekat area Kundasang dengan Ranau ni banyak tempat yang hampa boleh pergi. Tapi nak ke satu tempat tu, jauh juga lah.
Lebih kurang pukul 5 petang aku pun turun dari Kundasang untuk pergi ke Kota Belud. Sebab ada kawan aku recommend untuk ke sini. Dia cakap ada sungai yang berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Tapi masa aku sampai ke sini, dah pukul 6 macam tu. Gunung Kinabalu pun dah tak nampak sangat sebab awan tebal.
Tiket Masuk
Dewasa: RM 3.00 seorang
Bermalam: RM 6.00 seorang (Tidur dalam khemah)
Tapi tempat ni baru lagi nak usahakan. So aku tak prefer sangat lah untuk korang datang semata-mata nak tengok permandangan sungai dekat sini saja. Aku pun tak masuk pun dalam ni. Ayah aku cakap tak payah lah tengok dari luar kawasan pun dah nampak dah tempat dia macam mana.
Dalam 15 minit kami dekat sini, aku teruskan perjalanan terus ke Kota Kinabalu. Wei, memang sedih gila kot nak tinggalkan Kundasang ni. Bila lagi nak sampai sini tak tau lah. Harap-harap lepas ni ada rezeki lagi ke sini. Tak puas kalau sehari bermalam disini. Tapi kalau bermalam lama-lama dekat sini pun tak tau nak buat apa. Line telephone pun tak laju. Haha
Perjalanan dari Kota Belud ke Kota Kinabalu mengambil masa lebih kurang 2 jam macam tu. Aku sampai dekat Kota Kinabalu dalam pukul 7 malam. Aku terus check-in hotel dekat area bandar.
Hotel aku betul-betul tengah bandar. Nak pi Pasar Filipino, Imago, Suria Sabah semua lah dekat. Aku stay dekat hotel ni 4 hari. YOMI Hotel ni memang terbaik lah wei dia punya bilik pun selesa. Tapi agak kurang sikit pasal tandas dia tak ada lock. Hahaha
Udang Besar Goreng Telur
Lobster ButterMilk
Ketam Pedas
Sotong Goreng Tepung
Kailan Ikan Masin
Ikan Jenahak Bakar
Lepas semua dah mandi dah bersiap, pukul 9 macam tu aku keluar dari Hotel untuk Makan Malam. Memang malam ni nak makan seafood. Bila hampa sampai sini, menu wajib hampa cuba adalah makanan laut dia wei. Semua fresh fresh. Hampa boleh pilih dan timbang ikut suka hati hampa nak banyak mana dan nak masak apa.
Aku ikut selera makan aku saja seramai 6 orang. Nanti ambil banyak-banyak tak habis pulak.
Total Makanan Laut
RM 180.00 / 6 orang
= RM 30.00 seorang
Murah kan? So siapa-siapa datang ke Kota Kinabalu, cubalah seafood dekat sini. Pelbagai jenis yang hampa boleh makan. Spesis ikan yang dijual dekat sini pun ada yang pelik-pelik jugak. So siapa yang berani nak cuba, boleh lah ambil. Macam aku tak nak ambil risiko, nanti tak termakan pulak. Haha takut tak sedap.
Habis saja makan malam, kami terus balik hotel semula. Sebab kedai-kedai dekat area town pun banyak yang dah tutup. Dekat sini pukul 9 malam ke atas semua dah mula tutup. Dah macam pukul 2 pagi dekat semenanjung. Aku pun pelik mulanya, kenapa awal sangat kedai semua kat sini tutup. Hahaha biasanya kita dekat semenanjung pukul 9 malam tengah rancakk lagi orang melepak. Dekat sini, tidakk. Haa lupa nak cakap, kami makan seafood ni dekat Pasar Malam Sinsuran tau. Perjalanan dari hotel aku 5 minit je dah sampai. Kami semua jalan kaki. Kereta parking dekat hotel je. Hehehe senang dan mudah.
Okaylah, cukup dah perjalanan DAY 2 aku di Sabah. Jumpa lagi pada DAY 3 nanti.
XOXO