Saturday, March 4, 2017

DAYTRIP KE NEGERI KELANTAN, DARUL NAIM

Assalamualaikum....

Memandangkan awal bulan 2 yang lepas. Aku dengan kakak dan ayah aku tak ada plan apa-apa. 

Jadi kami bertiga pun plan, nak pergi mana yang best. Haritu pulak hari minggu. Memang okay lah kalau nak jalan jalan, kena dengan mood. Hehe 

Kami bercadang nak ke Banjaran Titiwangsa dan Gerik saja, tak sangka pulak kami akan ke Kelantan. Haha itu lah power kalau tak merancang ni.

Pada hari Ahad tu kami bertolak pagi dari Penang. Aku menggunakan jalan alternatif highway Kulim-Baling. Sebab kalau dari Penang dekat sikit. Sesiapa nak ke Kelantan dari Utara boleh ikut jalan Kulim-Baling. Dan sesiapa yang dari Selatan boleh ikut jalan Kuala Kangsar-Gerik.

Masa diambil lebih kurang 2 jam untuk sampai ke Banjaran Titiwangsa. Jalan dia bukit gunung ganang, memang agak mencabar jugak lah. Drive berhati-hati lah yea? 

 

 

Sampai dekat Banjaran Titiwangsa ni ada rumah rehat tau. So yang mana nak kencing atau lapar boleh lah berhenti dekat perhentian ini.

View dekat sini memang nice gila wei. Tak dapat dekat mana mana. Wajib tangkap gambar bila sampai sini okay? Memang tak menyesal lah.

 

 

Aku berehat dalam 30 minit. Sebab nak kejar masa. Sebelum terlupa, siapa datang perhentian dekat sini jangan lupa order Milo Ais. Memang terbaikkk !!! Jangan lupa tau? Kaw kaw dia bagi hang minum. Perghh! Sampai sekarang aku teringat lagi hmmm

Masa rehat tu, borak punya borak. Kakak aku cakap dekat ayah aku, dia dah lama tak pergi Kelantan. Actually aku tak ada lah lama sangat, sebab bulan 9 tahun lepas baru aku datang ja. So aku okay jelah.

Tapi memandangkan kakak aku dah lama tak datang, so ayah aku on jelah untuk pergi ke Kota Bharu. Wow terus aku excited terus. Yelah, siapa tak mau jalan jalan. Hahaha



First tempat yang kami pergi adalah Rantau Panjang. Untuk datang ke Masjid ini. Orang ramai gelarkan masjid ini dengan nama Masjid Beijing. Sebab pelan bangunan masjid ni sebiji dengan masjid yang ada dekat Beijing, China.

Berhenti dekat sini lebih kurang 1 jam. Sampai saja dekat masjid ni, tepat tepat masuk waktu Zohor. Jadi solat dulu lah sementara tu.

 

Masa tunggu ayah aku tak selesai solat lagi. Aku dengan kakak aku gunakan masa dengan sebaik-baiknya. Dia ajak aku pekena Ais Krim Baba.

Fuhh ais krimnya menang "umphh". Hahaha macam macam benda dia letak. Bila datang lagi sini, nak kena beli lagi lah jawabnya. Kihkih

 

 

 

 

Feeling betul kakak aku makan. Yelah cuaca memang panas, kena lah mood bila makan ais krim kan. Hahaha

Ayah aku pun dah selesai solat apa semua. Take 5 dulu untuk dia, then baru lah kami teruskan misi kami ke Kota Bharu. 

Lebih kurang 1 jam 45 minit kot dari Rantau Panjang ke Kota Bharu.

 

 

 

Taraaaa! Sampai jugak akhirnya ke Kota Bharu. Misi kami bertiga berjaya. Hahaha seronoknya. 

Dalam kepala aku nak datang sini tempat muzium islam ni. Nak datang sebab nak tangkap gambar je dekat pintu gerbang yang besar ni. Hahaha ops terjujur pulak.

 

 

Snap punya snap walaupun tengah panas, who's care? So kami pun jalan lah kaki ke Kampung Kraftangan. Kami parking kereta dekat Muzium Islam tadi. Jalan kaki nak ke sini tak ada jauh mana pun, dekat ja 3 minit macam tu.

 

 

Ni pintu masuk dia. Malangnya kami datang dah pukul 5 petang macam tu. Muziumnya ni dah tutup. Tak ada ramai orang sangat time ni. Tak mengapa lah, next time kita datang lagi. Alah dekat ja Penang-Kelantan. Hahahahaha



 

Sekitar Kampung Kraftangan ni. Tempat dia betul betul macam kampung. Dengan rumah papan dia, cantik betul. Ada orang cakap, ni dulu istana, tapi istana berpindah ke tempat yang baru, jadi tempat ni dijadikan sebagai tempat untuk orang ramai datang berkunjung.

 

Lepas saja Kampung Kraftangan, kami jalan kaki lagi untuk ke Pasar Siti Khatijah. Korang jangan risau, semua tempat dekat sini, dekat dekat saja. So park kereta dekat mana mana then jalan kaki sudah. Senang kan? Hihi

 

Ni suasana dekat Pasar Siti Khatijah. Pasar ni kalau pagi ramai lah. Aku datang pun dah lewat petang, jadi ini jelah yang kedai buka pun.

 

 

Kalau korang datang Pasar Siti Khatijah jangan lupa beli Keropok Lekor dekat makcik ni. Dia jual hanya 5 panjang tu RM 10. So aku cuma ambil 10 panjang. Hehe

 

 

 

Jalan punya jalan, terjumpa asam jawa ni. Fuhhh sedap wei kalau makan asam jawa ni. Sebungkus RM 5 saja. Dah la banyak, berbaloi sangat bila beli bawa balik.

 

Tak pernah kalah kakak aku ni, nak jugak bergambar. Pantang tengok tempat elok sikit. Haha layankan jelah.

 

Okay lepas semua dah penat jalan jalan. Hari pun dah nak malam. Kami pun bertolak balik ke Penang dari Kota Bharu.

Sebelum sampai Penang. Kami berhenti dulu makan dekat Bukit Bunga. Dekat dengan Jeli. Selepas makan, terus balik.

Perjalanan malam memang agak mencabar. Kalau korang nak balik malam, hati hati lah yea? Kalau nampak Gajah atau apa apa, jangan bunyikan Hon Kenderaan korang okay. Takut Gajah terkejut ka apa nanti. 

Yang mana plan nak buat DayTrip ke Kelantan macam aku ni. Pastikan mental dengan fizikal korang kental okay? Haha memang akan penat, letih dan lapar. Kalau lapar tu, sediakan lah makanan ringan dalam kereta. Itu pasti, jangan lupa. Hihi

Okay lah, sampai sini saja entry kali ni.
Terima kasih kerana sudi membaca.


XOXO


Wednesday, March 1, 2017

SHORT GETAWAY: HAPPY NEW YEAR, LANGKAWI

Assalamualaikum...

Memandang sambutan tahun baru yang lepas. Aku dengan kawan baik aku seorang ni plan beberapa hari sebelum pergi ke Langkawi. 

Seperti selalu kami akan pergi ke Langkawi setiap kali Perayaan Tahun Baru. Hehe sebab time ni paling happening okay. That why lah kami selalu datang ke sini.

DAY 1

Macam biasa, kami dari Jawi to Alor Setar naik bas dekat Butterworth. 

Ticket bas: RM 11.90 (seorang)

Alor Setar turun dekat Stesen Bas Sahab Perdana. Lepas tu kawan aku datang pickup untuk bawak ke Terminal Ferry Jeti Kuala Perlis.

Siapa nak pergi Terminal Ferry Jeti Kuala Kedah pun boleh. Harga feri dari situ lebih kurang RM 23 (seorang) kalau tak silap. Korang cuma perlu naik teksi dari Sahab Perdana lebih kurang RM30. Hehe mahal kan? So nasib lah ada kawan boleh hantarkan kami.

Kami dari stesen bas straight to Jetty Kuala Perlis. Mengambil masa dalam 45 minit kalau jalan tak jammed lah. Hihi

Harga feri dari Jetty Kuala Perlis RM 18 (seorang)

Tiket pergi 

Jeti Kuala Perlis – Masa perjalanan selama 1 jam 15 minit, lebih pendek dan sesuai untuk sesiapa yang tidak suka duduk lama-lama di dalam feri. Yang mabuk laut tu, sila naik di jeti ni ye! 
Jeti Kuala Kedah – Masa perjalanan selama 1 jam 45 minit. Jeti ni terletak lebih dekat jika anda dari Kuala Lumpur. Tetapi masa perjalanan feri lebih lama sedikit berbanding naik feri di Kuala Perlis.
               Sesi bergambar bermula hahaha 
Masa perjalanan dalam feri tu, masing-masing tidur. Tak tahu kenapa, asyik nak tidur ja. Haha mungkin sebab terlalu bosan kot lama-lama dalam feri.
Setelah pernantian selama 1 jam 15 minit, kami pun sampai dekat Pulau Langkawi. Yahooo! Excited gila, padahal bukannya tak pernah datang. Haha 
Yelah kan, mood holiday start. Of course happy. 
 Ni dekat Jetty Pulau Langkawi
Selepas sampai, terus ambik kenderaan yang kami sewa. Kena buat booking dulu tau, jangan main redah ja bila datang sini. Silap silap korang boleh jalan kaki sebab kereta, motor sewa habis orang sewa. Baru korang menyesal, haha
Jadi lebih baik sebelum datang, korang booking hotel dan kenderaan sewa terlebih dahulu. Sebab? Memudahkan perjalanan korang dan semestinya percutian korang lebih indah. Gila siapa tak nak, sampai sampai je Jetty Pulau Langkawi terus ada orang datang pickup korang and pergi amik kereta atau motor. Korang tak payah lah nak cari lagi dah, buang masa kan? Better booking awal-awal okay.
Memandangkan percutian ini kami panggil percutian bajet. So kami hanya menyewa motorsikal sahaja. Wei, motor baru kot kami datang. Hehe happy gila. Sorry tak sempat nak snap gambar motor sebab excited sangat nak pergi hotel check in. Haha
Sewa Motor: RM 30 (sehari) RM 50 (deposit)
Dah dapat motor, terus kami check in hotel. 
 
 
Kami pilih Amara Motel Langkawi. Its very nice place, yang korang boleh pilih. Cantik, kemas and of course selesa. 

Ramai tengok orang review kata motel ni kurang itu lah ini lah, tapi personally for me its okay because its very cheap. Aku booking seminggu sebelum datang ke Langkawi dekat Agoda.com. Korang boleh dapat harga kasih sayang dekat dalam tu hehe. Aku check in dekat sini selama 2 Malam.

Amara Motel, Langkawi: RM 49 (semalam)



 


Serious memang cantik aku bagitau hang. Korang jangan lah expert macam korang pergi Hotel 5 bintang dengan harga yang murah korang dapat. Memang tak lah. So Motel ni boleh dikatakan baik lah.

Lagipun Motel ni dekat Pekan Kuah. Jadi memang dekat bila korang nak pergi shopping coklat ka dekat Haji Ismail Group. Jalan kaki pun boleh, jimat minyak kereta atau motor korang kahkah!

Okay kalau korang datang pulak hari minggu, dekat Motel ni jugak ada Night Market tau. Haaaa best oh night market dia. Tepi sungai pulak tu. Hehehe memang syiok. Jangan lepaskan peluang untuk datang, tak beli apa pun tak apa, datang je tengok hehe. Lagi satu, kalau datang hari biasa memang "krik krik" lah yea sebab Night Market ni hari minggu sahaja hehe

 

 

 

 

Jadi lepas ja check in apa semua, rehat dulu sejam dua. Lepas tu mandi, bersiap terus kami keluar pergi beli chocolate. Haha baru datang dah beli chocolate? Haaa ni aku nak bagitau hampa. Kami beli awal awal sebab kami tak nak nanti kelam kabut last minit baru nak pergi cari. Sebab tu kami beli dulu apa yang patut nak beli then baru fikir nak pergi mana. Baru lah best.

Ni kami beli dekat dalam Pasaraya Billion dekat dengan Jetty Pulau Langkawi. Sini murah murah jugak coklatnya, and semua ada. Tempat ni kawan aku yang recommend, dia cakap tempat ni bagus.

Lagi satu, kalau korang datang sini nak saving duit korang tu better dont lah yea. Sebab memang korang akan habiskan duit korang dekat benda benda ni semua. I promise you, hahaha.

 

 

 

 

Haaa ini kan malam tahun baru, jadi tempat tumpuan orang ramai adalah Pantai Cenang, Langkawi. 

Memang ramai gila orang dekat sini. Yang mana sewa kereta tu, bertabahlah yea? Sebab memang jalan jammed sangat panjang. Hahaha padan muka. Lagi lagi nak cari parking pulak, lagi lah susah. 

Nasib kami sewa motor, jadi cepat lah sampai. Cilok cilok sampai. Haha parking pun senang. Hikhik so kalau datang berdua tu, tak payah lah feeling kononnya nak sewa kereta. Hahaha kalau hari biasa tak apa, kalau public holiday. Percayalah, memang angin korang akan naik. Jadi, sewa lah motor sudah memandai.

 

 

 
Ni suasana sekitar Pantai Cenang.

*Minta maaf sebab gambar bunga api dan tanglong tak save dalam handphone

Suasana dekat sini memang happening. Macam macam manusia korang boleh tengok, india, cina, mat salleh and banyak lagi lah. Haha yang nak cuci cuci mata tu boleh lah datang sini kihkih

Lepas ja Sambutan Tahun Baru habis. Kami pun pergi makan dekat Pekan Kuah. Makan seafood. Lepas tu terus balik Motel untuk tidur.

DAY 2

Alhamdulillah cuaca pun agak cerah dan tak hujan. Jalan seperti dijanjikan datang sini nak pergi Cable Car. Wuuuu sebab seumur hidup datang Langkawi tak pernah naik Cable Car, jadi ini peluang yang baik untuk aku merasai macam mana bila naik Cable Car ni. Here we go !!!

 

 

 
Ni dipanggil Sky Cab.

Aku dah teruja gila nak naik benda alah ni. Haha yelah first time kan? Hehe kami beli tiket masuk ni including 6D cinema.

 
Selfie dulu masa beratur tunggu giliran nak naik Sky Cab

Okay guys, aku nak bagi tips untuk korang. Masa korang datang sini. Kalau korang datang berdua, berpasangan. Korang tak perlu beratur panjang panjang pun sebenarnya. Sebab nanti korang terus straight ke Cable Car. Betul, aku tak tipu. Masa aku datang berdua kan, kami tak beratur pun sebenarnya. Kami dipanggil untuk guna Fast Lane yang disediakan.

Haha yang mana datang dalam kumpulan tu, muka bengis ja tengok kami laju ja jalan pergi dekat Cable Car. Hahahaha well

Jadi perjalanan kami menaikki Cable Car agak mencabar jugak lah. Dengan angin kuat dekat atas tu. Bila goyang goyang ja, mesti ah ada menjerit sikit. Hahaha itu biasa.

  

Taraaa!!! tadi dalam Cable Car takut. Sekarang siap berani lagi lompat. Silap silap jatuh, baru ada akai. Hahaha 

Okay sebelum sampai kemuncak Gunung MatCincang ni. Ada satu stesen tengah yang korang boleh turun dari Cable Car kalau korang nak bergambar ka apa then lepas tu korang boleh naik semula untuk pergi ke stesen atas. 

 

Memang cantik atas ni. Boleh tengok permandangan yang sangat terpukau. Tak boleh nak kata apa, memang cantik sangat sangat. Kalau korang datang Langkawi, datang lah sini. Memang tak rugi. Menyesal pulak aku dulu tak datang, hahaha.

 
Mintak tolong orang tangkapkan hehe

 

Masa atas Sky Bridge ni, ada sorang photography yang akan snap gambar korang. Kalau berdua, berdua lah snap. Kalau berkumpulan, berkumpulan lah dia akan snap. Hihi

So nak buat kenangan kami pun beli sorang satu. Harga sekeping gambar RM 10 sahaja. Tak mahal sangat. 

Lepas penat berjalan atas ni. Kami pun turun lah. Dah turun kami pergi cari makan dulu. Lepas makan baru kami pergi 6D Cinema. 

6D cinema tak best. Tak real. Em em disappointed me. Sorry. Aku jujur.

 



Lepas saja tengok 6D Cinema kami terus pergi Petronas Quay. Tempat ni ada boat boat yang berlabuh lah dekat sini. Jalan dia sehaluan saja dengan jalan nak pergi Cable Car. So senang jelah korang nak cari. No sesat sesat okay?


Tempat ni pun best. Dengan permandangan bukit bukau dekat belakang dia. Fuhhh ambil gambar tu mesti lah wajib hehe

Nak dijadikan cerita, masa kami balik dari Petronas Quay ni. Dalam perjalanan dekat Airport. Terus hujan lebat. Aduhhh terus pecut lah aku bawak motor. Cari bus stop then kami pakai rain coat. Nasib baik lah, masa datang Langkawi aku dah beli siap siap dekat Watsons. Haha untuk spare, tapi alhamdulillah ada jugak kegunaan dia. So korang pun kena spare lah jugak keperluan apa yang patut okay. Yang mana sewa motor tu wajib beli rain coat.

Bila hujan saja, kami terus balik ke Motel. Dengan perut lapar, lepastu dengan basah jugak lah tadi sikit. Jadi kami pun berehat tunggu hujan berhenti.

Setelah petang hujan berhenti, kami bersiap untuk keluar cari makan. Dan kami kena pergi cari coklat lagi. Sebab ada kawan kawan kirim coklat. Haha 

 
 

 

 

 

 

 

 

Kali kedua kami beli dekat Komplek Haji Ismail Group. Masa kami datang sini, coklat daim dah habis stock. Tapi kami no hal sebab kami akan beli dekat kedai yang kami beli semalam, sebab situ daim banyak hahahaha yang mana tau, tau lah. Yang mana tak tau tu, padan muka. Kah! Jahatnya aku.

Lepas ja settle beli coklat, kami pun pergi makan. Lapar nasi wei. Jadi pergi lah cari mana ada kedai buka kan. Seriously, kalau korang makan dekat Langkawi ni. Makanan dia memang mahal, aku pun hairan kenapa mahal. Hahaha belum dapat lagi jawapan tu. Kalau korang tau, korang komen dekat bawah okay?

Selesai makan, kami lepak lepak dekat Dataran Helang. Tangkap gambar sikit dekat Burung Helang tu lepas tu kami pun balik Motel. Kami lepak dekat situ sampai lewat malam, hahahaha.

DAY 3

Pagi ni bangun memang best lah. Sebab masing masing tidur cukup. Sebab kami tak pergi mana mana dah. Today is the last day. Jadi kami hanya nak habiskan masa sehingga petang. 

Jadi kami pun plan nak pergi Pantai Cenang lagi sekali. Sebab kami pergi haritu malam, so tak dapat nak tangkap gambar. Bila pergi siang, boleh lah tangkap gambar. Kan kan? Hehe

 
Air laut dia jernih wei

 
Tak sah kalau datang tak tangkap gambar dekat signboard ni

 
This is Pantai Cenang

 

Dah puas tangkap gambar, kami jalan lah dekat sini cari souvenir yang murah murah. Ada kedai kedai area pantai cenang ni. Jadi ringan kan lah mulut untuk mintak discount. In sha Allah diorang akan bagi.

Lepas dah beli souvenir, kami pun lunch. Dekat area Pantai Cenang jugak kedainya. Tokey kedai sangat friendly. Hehe baru sekali masuk, dah boleh buat kawan. Tokey dia perempuan, dalam lingkungan 60an. Tapi masih lagi sihat hehe


Lepas lunch ja kami terus pergi hantar motor dekat tempat sewa. Masa kami hantar tu dah petang dah. Lagipun nak hujan. Deposit motor tu dapat semula, hehe lepas lah beli tiket feri balik untuk 2 orang hahaha kan dah jimat 

Kami pun dihantar ke Jetty Pulau Langkawi. Pengurusan penghantaran kami oleh penggangkutan sewa tu. Dia datang ambil, dia jugak hantar balik. So easy and cepat. 

Masa kami dekat Jetty Pulau Langkawi tu. Hujan baru berhenti. Haha nasib baik lah masa kami hantar motor tak hujan lagi. Jadi dekat jetty tu kami boleh lah round kedai kedai, tangkap gambar selagi mampu. Dekat jetty ni ada jugak beli baju dua helai. Terlupa nak beli dekat kawan yang kirim. Haha jadi dekat jetty ni agak mahal la sikit kalau beli, tapi nak buat macam mana. Beli jugak lah.

Ni aku sertakan sekali budget aku dibawah.

DAY 1
Tiket Bas:         RM 11.90
Tiket Feri:         RM 18
Sewa Motor:     RM 60 (2hari) / 2 orang
Hotel:                RM 100 (2malam) / 2 orang

TOTAL = RM 109.90


DAY 2
Tiket Sky Cab + 6D Cinema:    RM 43
Tiket Sky Bridge:                       RM 5
Gambar:                                     RM 10
TOTAL = RM 58


DAY 3
Minyak Motor: RM10 (3hari) / 2 orang

TOTAL = RM 10

Sub. TOTAL = RM 177.90 seorang

*Tak termasuk Makan dan Shopping.*


Kalau korang nak pergi Langkawi bawah daripada RM 200 boleh ikut macam aku buat ni. 

Enjoy your Holiday guys. 

XOXO