Friday, November 25, 2016

KINI ANDA BOLEH BERCUTI DENGAN TOURISTGUIDE.COM.MY



Mesti semua tertanya-tanya kan? 
Apa sebenarnya TouristGuide.com.my ni kan? 
Okay dekat sini aku nak terangkan serba sedikit tentang TouristGuide.com.my ni.

TouristGuide.com.my ni sebenarnya laman website mereka untuk dilancarkan kepada kita semua. Bagi memudahkan kita untuk melancong dan mengembara keseluruh negara. Tak kira dalam negara mahupun luar negara.

Misi TouristGuide.com.my ini adalah untuk "Rangkaian pelancongan terbesar di dunia membina" dan membuat perjalanan dengan harga yang berpatutan. Yang lebih murah dan juga secara PERCUMA.

 

 

Terdapat juga beberapa perkara yang tawarkan yang anda perlu tahu. Ianya terdiri daripada:

1. Diskaun pakej perlancongan (sehingga 75%).

2. Tempahan Hotel lebih murah berbanding dengan yang lain.

3. Tempahan penerbangan, mendapatkan mata ganjaran, menebus Tiket PERCUMA.

4. Pangkalan data pelancong.

5. Rangkaian seluruh dunia.

6. Ini bukan MLM dan tiada charge yuran keahlian.




Perasmian website TouristGuide.com.my ni telah dijayakan oleh Mr. Devan Kumar iaitu Managing Director, Mr. Mohd Akbal Setia iaitu Director, Tourism Malaysia, Mr. Azlan Hussain iaitu President of Kuala Lumpur Tourism Association - KLTA, dan juga artis terkenal tanah air Akim Ahmad iaitu Selebriti Artis Penyanyi Popular Malaysia. 

Majlis perasmian ini turut dimeriahkam lagi dengan kedatangan VVIP, Para artis, dan juga Blogger blogger yang diadakan di The Westin Kuala Lumpur.

TouristGuide.com.my telah dilancarkan secara rasminya pada 24 November 2016.

 

 

TouristGuide.com.my juga telah menyediakan dan telah memberikan peluang yang baik untuk anda semua mengambil dengan sebaik-baiknya.

Ada banyak packages yang ditawarkan kepada anda semua dengan separuh harga sahaja daripada harga yang asal.

 

 

 

 

 

Package semua ini telah ditawarkan kepada anda semua dengan 50% diskaun. Tak percaya?

Anda kena percaya dengan adanya TouristGuide.com.my.

Jadi anda jangan lepaskan peluang ini !! kerana peluang ini akan berakhir tak lama lagi. Jadilah yang pertama.

Promotion Period: Now till 30th November 2016
Travel Period: 1st April 2017 – 31st March 2018 (except public holiday)

Jadi apa tunggu lagi? Anda boleh menempahnya sekarang di www.touristguide.com.my sekarang ya. Sebelum menempah, anda kena menjadi salah seorang member touristguide.com.my dahulu untuk mendapatkan harga yang istimewa ini.

Anda juga boleh melihat video daripada touristguide.com.my yang telah sediakan. Sedikit sebanyak ianya membantu anda untuk lebih faham apa yang touristguide.com.my berikan kepada anda.

 

Kepada sesiapa yang ingin menghubungi terus touristguide.com.my untuk pertanyaan. Saya sertakan dibawah ini.

CONTACT DETAILS:

INFINITY VACATION SDN BHD (1141826-T)
Suite A25-3A,
Sentral Business Park,
Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Toll Free: 1800 38 3338
Office Hours:  9am – 6pm (Monday – Friday)

Follow them on social media:


#travelforfree #touristguidecommy

Wednesday, November 9, 2016

HARI PERTAMA BERTOLAK KE KRABI, THAILAND


Hai guys, assalamualaikum semua. Harini excited sikit. Kenapa? Haaa sebab harini aku nak ke Krabi, Thailand. Wuuu untuk pertama kali tau aku ke sana. Mesti lah seronok lebih haha 

Memandangkan semalam aku dah pack segala persiapan dan pakaian aku. So pada pagi ni aku tak kalut la untuk kemas barang. Then aku gunakan masa tu untuk bangun tengahhari. 

Tengahhari lah bangun sebab flight aku ke Krabi pukul 5 petang. Hehehe lambat lagi, dan sempat lagi nak ke KLIA2. 

Dah settle mandi apa semua. Kali kedua aku check semula barang aku. Takut ada tertinggal apa apa. Passport tu yang penting ualls. Haha tak bawak passport menangis lah aku dekat airport nanti. Hehe so semuanya aku dah prepare awal awal lagi dah. Nampak tak dia punya semangat tu? Hahaha well. Alhamdulillah.

Okay dah rasa tak ada tertinggal apa lagi dah, terus aku on the way ke KLIA2. Lagi 4 jam lagi take off. Hopefully jalan tak jammed lah yea.

Biasalah KL kan. Tapi aku dari Klang. So tak ada lah jauh mana pun. Klang to KLIA2 around 20 minit je. Jalan pun tak jammed. Syukur hehe


Dah sampai KLIA2 terus call family members. Diorang pun dah sampai. Family member's aku 13 orang semuanya, termasuk 2 budak. 

Kemainn semangat betul diorang take lunch dulu dekat Quizin food court dalam mall KLIA2. Aku sebenarnya tak lapar sebab dah makan roti masa perjalanan ke KLIA2 tadi dalam kereta. So disebabkan abang aku ni suruh makan, kongsi dengan dia. Aku pun okay lah, makan lah. Hehe thanks abg lie for the Mee Sizzling. 


Makan punya makan. Jam pun dah pukul 3:30 petang. Kami semua berkumpul untuk departure. Check kastam apa semua. Semuanya dipermudahkan. Hehe 



Sebetulnya Gate aku L10 tapi kena tukar ke L8. Tak tahu kenapa haha so ikut jelah. No problem. 


Bila kena tukar gate, flight pulak delay 20 minutes macam tu. Haish aku dengan yang lelain dah penat dah nak menunggu, haha sebab masing masing dah tak sabar dah ni. Kihkihkih


Bila dah naik flight, syukur alhamdulillah selamat jugak perjalanan kami. 



Bila korang dalam flight nanti akan ada pramugara dan pramugari edarkan surat ketibaan korang. Korang kena isi dan akan diserahkan dekat pegawai kastam dekat airport. Hehe jangan hilangkan tau?


Dalam 1jam 20minit aku pun selamat mendarat dekat Krabi International Airport. First thing yang aku fikir adalah "simcard" hahaha yela benda wajib kot bila travel adalah "internet". Kalau tak ada macam mana nak upload and share gambar dengan korang semua kan? Hehe 



Sampai je dekat Krabi airport dah ada orang van tunggu kami untuk bawa ke Hotel. 


Perjalanan mengambil masa dalam 30 minutes macam tu lah dari Airport ke Hotel.


Hotel kami Phranang Place. Betul betul dekat Pantai Aonang. Best cantik. Fuhh






Hihi best pulak rasa dekat sini. Baru sampai je ni dah rasa tak nak balik hahaha

(Benda wajib kena check dulu adalah Toilet. Yes toilet)

        (Almari, Rak kasut dan juga Peti Sejuk)

                        (Tempat membaca)

                  (Ruang untuk televisyen)

                         (Katil besar 2 buah)

                  (Ruang santai di luar bilik)

Cantik kan bilik kami? Ni family room. Dah sampai ni, dah nampak katil dengan bantal. Kita rehat dulu pa semua. Lepas tu nak keluar cari makan malam. 

Before pergi kedai makan, kiteorang beli ala ala buah lah yang ada jual dekat tepi tepi jalan. Macam macam buah. Buah potong. Sedap, manis. 



Dan paling penting, kiteorang semua survey dulu untuk harga island hoping kiteorang pada esok hari. Kena pandai cari, biar lambat asalkan korang tak rugi. Banyak kedai kedai yang tawarkan dengan harga murah.





Dinner aku malam ni aku makan dekat Restuarant Number 1. Jangan risau, makanan halal banyak dekat sini. Tapi ada jugak yang Restuarant non-halal. Hati-hati yea. Tapi aku recommend datang kedai aku ni jelah senang. Tak jauh dari hotel aku. Dekat je.

Kedai ni korang boleh pilih nak makan western, seafoods and of course masakkan thai. Harga boleh tahan jugak. Aku nak pesan, jangan sesekali order air buah. Hahaha kalau degil jugak, try la order nanti. And korang rasa lah sendiri macam mana, aku tak nak cerita dalam blog ni. Takut orang salah faham *maaf*






Masa dinner ni, semua pilih makanan masing masing nak makan apa. Ikut selera masing masing. Aku follow je makan nasi putih, tomyam, telur dadar, telur mata and kailan ikan masin. Hahaha mesti korang cakap kenapa makan ni je kan? Macam dekat Malaysia tak ada je. Hahaha well, saja nak test betul betul masakkan Thailand yang sebenar. Hehe korang tu makan ala-thai. Jangan jeles.



Ada jugak yang makan lain, tak makan lauk sekali. Ada yang order spaghetti, sotong bakar, coconut ice-cream, somtam, dengan apa entah satu lagi aku lupa. Hahaha 

Lepas makan je, kiteorang sambung balik survey tempat island hoping yang menarik dan murah. Dapat dah tempatnya hehe tak sabar esok nak berhoping...





Kedai pancake pisang makcik ni depan kedai kiteorang makan ni je. Hehe sedap 👍🏻

Lepas tu aku curi curi sedikit masa jalan jalan dekat night market dekat sini. Lebih kurang macam night market dekat Langkawi dengan Penang lah. Haaa korang boleh imagine kan macam mana? Itu pun kalau korang pernah pergi sana lah. Tak pernah, cuba korang bayangkan pasar malam dekat rumah korang. Haaa lebih kurang sama la macam tu. Cuma makanan dekat sini rare sikit berbanding dengan kita.






Lepas semua dah, penat semua. Aku ingatkan nak balik Hotel untuk tidur. Then tak tahu lah pulak, ada family members ajak pergi urut. Wow massage hehe 



Fuh best gila massage dekat Dee Dee Massage ni. Kalau korang datang sini, tak rugi pun kalau nak mencuba. Yea dok? Hewhew



Siap masuk official pages diorang lagi "Dee Dee Massage". Kerlas kau jah hahaha


Okay lah, selesai hari pertama aku ke sini dan berada dekat Krabi. Sekarang masa aku dan lelain untuk tidur. Esok awal pagi dah nak gerak ke Island Hoping. 

Semoga semuanya baik baik sahaja. Harap cuaca esok panas and tak hujan. Amin

Good night semua. Sweet dream.
Tunggu update pada Hari Kedua pulak esok ya?


Bye XOXO 

Salam sayang dari Krabi, Thailand.
Nov 9 Wednesday.